Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rang.sang] | ترڠسڠ

Definisi : tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~ dan terpengaruh oleh paparan spt itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rang.sang] | ترڠسڠ

Definisi : telah dirangsang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terangsang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stimulated emissionpancaran terangsangKejuruteraanTiadaPancaran yang keluar apabila atom teruja kembali ke aras dasar secara terangsang.
stimulated scatteringserakan terangsangFizikOptikAmplifikasi sinaran yang kuat dari laser denyutan yang telah diserakkan secara tak kenyal oleh keluaran terangsang. Akibatnya kuasa sinaran yang terserak bertambah secara eksponen, dan dalam keadaan tertentu penyerakan hampir sempurna berlaku bagi cahaya datang.
included resistanceketahanan terangsangBiologiPatologiKetahanan pada perumah yang biasanya rentan akibat pendedahan atau perlakuan tertentu perumah tersebut. Ketahanan jenis jni tidak diturunkan. Sebagai contoh, pokok tembikai boleh menjadi tahan terhadap serangan patogen penyebab penyakit layu vaskular, Fusarium oxysporum f.sp. niveum jika diinokulasi dengan F. oxysporum saprofit terlebih dahulu.
antigen-primed cellsel terangsang sedia antigenVeterinarTiadaTiada
carrier-primed phasefasa terangsang sedia pembawaVeterinarTiadaTiada
KLH-primed T cellsel T terangsang sedia KLHVeterinarTiadaTiada
phototonusfototonusBiologiFisiologiKeadaan protoplasma yang mudah terangsang akibat pengaruh cahaya.
jitteryketarKejururawatanTiadaBerkaitan dengan pergerakan seperti menggigil apabila terangsang terhadap sesuatu. Contohnya, respons bayi kepada bunyi yang kuat.
jittery babybayi ketarKejururawatanTiadaKeadaan bayi yang mudah terangsang disebabkan gangguan sistem neurologi.
agitatoagitatoMuzikTiada

 Persembahan muzik dalam gaya yang terangsang dan resah. Agitato biasanya dimainkan dengan tempo yang rancak dan bersemangat.

123

Kembali ke atas