applied sustainable system | sistem mampan terapan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem yang mempunyai entiti lestari melibatkan penerapan sains, teknologi, inovasi dan sains sosial untuk mengekalkan keseluruhan ekosistem. |
ballistics | (ilmu) balistik | Fizik | Mekanik | Cabang ilmu mekanik terapan tentang pergerakan dan segala perilaku misil, seperti projektil, bom, roket dan sebagainya, dan juga segala fenomenon yang berkaitan. |
educational psychology | psikologi pendidikan | Psikologi | Psikologi Umum | Cabang psikologi terapan yang mengkaji masalah psikologi dalam pendidikan dan penerapan kaedah-kaedah yang dirumuskan daripada kajian tersebut untuk memahami dan menyelesaikan masalah yang wujud. Contohnya, psikologi pendidikan boleh diaplikasikan untuk memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dalam semua peringkat persekolahan. |
functionalism | fungsionalisme | Psikologi | Psikologi Umum | Pendekatan awal dalam teori psikologi yang mengkaji kefungsian atau tujuan sesuatu kesedaran berbanding dengan hanya mengkaji strukturnya. Pengikut fungsionalisme menumpukan perhatian kepada cara individu menyesuaikan diri terhadap keperluan atau desakan persekitaran. Pendekatan ini telah menyebabkan penyelidikan psikologi berkembang kepada kajian-kajian yang menerokai ujian mental, pola perkembangan kanak-kanak, amalan pendidikan yang efektif dan pembezaan tingkah laku mengikut gender. Dua bidang moden yang muncul daripada pendekatan ini ialah psikologi terapan dan behaviourisme. |
literary criticism | kritikan sastera | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan atau cabang pengajian yang berkaitan dengan hal-hal mendefinisi, mengklasifikasi, menghuraikan dan menilai karya kesusasteraan. Kritikan ini biasanya terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama, iaitu kritikan amali dan kritikan teoritis. Kritikan amali memberikan tumpuan pada tkes semata-mata tanpa merujuk faktor luaran, ekstrinsik atau kontekstual, iaitu sejarah, keadaan sosial, biografi pengarang dan sebagainya. Tumpuan kritikan ini adalah pada unsur dalaman atau intrinsik teks, iaitu tema, plot, imejan dan ciri-ciri teks formal yang lain. Bentuk kritikan amali memberikan penekanan pada asktek tekstual dan menghasilkan ungkapan seperti �yang tertera di muka surat�, �bacaan teliti�, dan analisis teks. Antara pengkritik yang menonjolkan kaedah kritikan ini ialah Richards dan Cleanth Brooks. Kritikan amali dikenali juga sebagai kritikan terapan. Kritikan teoritis (teoritikal) pula merumuskan prinsip yang asasi untuk menentukan perbezaan antara bidang kesusasteraan dengan disiplin lain |