core storage | storan teras | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suatu bentuk storan laju tinggi dalam komputer, yang menggunakan teras-teras magnet.,2. Daftar storan mesin kira yang kandungannya akan kekal walaupun setelah mesin itu ditutup. |
core | teras; gelendong | Kejuruteraan | Tiada | 1. Teras: Bahagian reaktor tempat tindak balas berantai nukleus berlaku. |
uniconductor | ekapengalir | Teknik | Elektrik | Lihat teras 1. |
core recovery | perolehan teras | Kejuruteraan | Petroleum | Kuantiti teras nyata yang sebenarnya dapat diambil dalam cerompong teras dalam satu-satu proses penerasan. Kuantiti ini dinyatakan dalam peratus, iaitu nisbah antara banyaknya teras (diukur dalam (unit panjang) yang diperoleh dengan panjangnya teras yang sepatutnya dapat diambil dalam satu-satu cerompong teras itu. dengan kata lain, nisbah antara panjangnya teras yang diperoleh dengan panjangnya cerompong teras. Jika nisbahnya bernilai 1 (atau 100%), penerasan dikatakan sempurna. |
core cutter | pemotong teras | Kejuruteraan | Tiada | 1. Alat sangkut pada kaki tong teras, yang mencengkam teras dan mematahkannya di kaki itu, apabila teras ditarik keluar untuk pemeriksaan.,2. Gerudi putar yang digunakan untuk memotong silinder dari jalan untuk ujian. |
core barrel | ceropong teras | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bar teras yang saiz garis pusatnya besar.,yang direka bentuk khas, untuk mendapatkan keratan yang berterusan bagi batuan yang ditusuk semasa menggerudi. |
lattice cell | sel kekisi; sel teras | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sel kekisi: Rajah geometri yang menggambarkan kesemua ciri struktur kekisi sesuatu hablur.,2. Sel teras: Sel asas teras reaktor heterogen yang setiap satunya mempunyai bentuk geometri dan ciri neutron yang sama. |
core | teras | Teknik | Elektrik | 1. Pengalir yang dikelilingi penebat kabel, tidak termasuk sarung kabel. Satu teras mungkin mengandungi selembar pengalir atau beberapa lembar pengalir. Sinonim ekapengalir. 2. Jisim yang menjadi tempat belitan elektromagnet. Teras ini mungkin pepejal atau udara. 3. Jasad logam dalam mesin elektrik tempat gegelung dibelitkan. 4. Seberkas lapisan besi tempat belitan sekunder dan utama pengubah dililitkan. |
core rod | rod teras | Kejuruteraan | Tiada | 1. Rod besi tempawan yang membentuk rangka yang padanya teras dibina dan dikeringkan.,2. Bahagian acuan yang membentuk lubang pada padatan . |
side-wall core | teras sisi dinding | Kejuruteraan | Petroleum | Sampel formasi berbentuk silinder dan berukuran diameter 1 inci dan panjangnya 1 – 1½ inci, yang diambil dari dinding lubang telaga. Sampel ini didapatkan menerusi kaedah penerasan sisi dinding. |