clear air turbulence | golakan udara cerah | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Dalam atmosfera bebas, golakan yang wujud tanpa awan. 2. Golakan yang dialami oleh pesawat terbang jika terbang dalam ruang udara tanpa awan. Angin terma dan ricih angin merupakan penyebab utama golakan udara cerah. |
cowl | kowl | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | 1. Penutup boleh tanggal yang melitupi komponen atau bahagian pesawat udara terutamanya pada enjin. |
pontoon | pontun | Kejuruteraan | Tiada | 1. Apungan pada kapal terbang.,2. Kapal, biasanya dengan dasar rata, untuk membawa bahan atau menyokong bahagian jambatan terapung. |
carbon seal | kedap karbon | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | 1. Peranti tahan panas, digunakan dalan enjin turbin untuk mengedap minyak pelincir dalam rongga galas. |
bomber | pesawat pengebom | Sains Politik | Tiada | 1. Kapal atau pesawat terbang yang digunakan untuk mengebom.,2. Boleh juga merujuk kepada askar yang telah dilatih untuk mengebom. |
endurance | ketahanan | Aeroangkasa | Tiada | 1. Jangka masa bagi pesawat udara boleh terbang tanpa mengisi bahan api.,Aliran bendalir yang melebihi halaju bunyi.,Pagar yang diletakkan di bawah sayap pesawat udara, bertujuan menyekat aliran silang di pinggir depan sayap. Ini dapat mengelakkan berlakunya pegun awal di hujung sayap.,1. Jangka masa bagi pesawat udara boleh terbang tanpa mengisi bahan api.,Enzim yang dihasilkan di bahagian pankreas dan bertindak terhadap ikatan glikosidik yang terdapat pada kanji, glikogen, dekstrin dan polisakarida bagi menghasilkan glukosa dan maltosa. Enzim ini dirembeskan melalui air liur sesetengah haiwan seperti ayam dan babi. Walau bagaimanapun, haiwan seperti kuda dan haiwan ruminan tidak mempunyai enzim ini. |
autopilot | autojuruterbang | Aeroangkasa | Tiada | Satu mekanisme terbang automatik atau sejenis alat pandu pesawat udara automatik mengikut arahan juruterbang dan boleh digandingkan dengan menggunakan VOR/ILS.,1. Kawalan anggul: Keadaan yang membenarkan kawalan terhadap sudut anggul sesebuah pesawat udara.,Satu mekanisme terbang automatik atau sejenis alat pandu pesawat udara automatik mengikut arahan juruterbang dan boleh digandingkan dengan menggunakan VOR/ILS. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Sains | Hidrometeorologi | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud seperti penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, dan jadual balistik. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik, yang apabila kedua-duanya diambil kira bersama akan mengaitkan perubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu, udara dianggap tidak mengandungi wap air, dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665cm/cm2) dan suhu 0�C. |
fly-ash | abu terbang | Kejuruteraan | Tiada | 1. Sisa halus yang dihasilkan oleh pembakaran di dalam relau dan digunakan sebagai bahan gantian simen. 2. Debu yang keluar di serombong asap relau pembakaran. |