choking | tercekik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
choked | tercekik | Perubatan | Tiada | Tiada |
choking condition | keadaan tercekik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
choked flow | aliran tercekik | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
choked flow | aliran tercekik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Aliran gas yang melalui orifis, muncung atau paip yang terhad kerana telah menghampiri halaju sonik di vena kontrakta, leher, atau saluran keluar. |
choked crushing | penghantaran tercekik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah penghancuran ketulan pepejal yang tidak cekap apabila ketulan pepejal yang sama beberapa kali melalui penghancur sebelum dikeluarkan sebagai produk kerana alat penghancur tidak dilengkapi dengan saluran pengeluaran produk. |
fixed choked carburettor | karburetor tercekik tetap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
basic life support (BLS) | bantuan hayat asas (BLS) | Perubatan | Tiada | Teknik rawatan asas bagi pesakit yang mengalami pegun kardiopulmonari atau tercekik. Teknik rawatan ini boleh dilakukan oleh pengamal perubatan atau orang awam yang telah dilatih, iaitu melibatkan teknik penjagaan salur udara, pernafasan dan sirkulasi darah. Rawatan ini bertujuan memberi bantuan pernafasan dan memulihkan denyutan jantung selepas serangan pegun kardiopulmonari atau tercekik. |
chloropicrin poisoning | keracunan kloropikrin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan kloropikrin (formula kimia, CCI3NO2), iaitu bahan yang sangat toksik yang digunakan sebagai fumigan, fungisid, insektisid, racun tikus, dan gas pemedih mata. Bahan ini merupakan perengsa kuat. Had pendedahan ialah 0.1 ppm. Bahan ini boleh menyebabkan kerosakan kornea dan jantung, muntah dan tercekik. |
bromine poisoning | keracunan bromin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada bromin (formula kimia, Br2), iaitu cecair perang-merah. Had pendedahan ialah 0.1 ppm, dan anggaran dos parah ialah 1 cm3. Kesan korosif ialah pemusnahan lengkap kulit atau membran mukus. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut terjadi akibat pengingesan, penyedutan, atau penyentuhan kulit. Jika terambil secara pengingesan, pedih yang teramat dalam mulut, farinks, dan abdomen diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang memendakkan darah gelap, tekanan darah turun mendadak, dan warna perang atau kekuningan mungkin terdapat di sekeliling atau didalam mulut. Astiksia terjadi ekoran edema glotis. Jika tersedut, gejalanya ialah batuk, tercekik, dan sakit kepala, pening, dan keadaan lemah, selepas 6 hingga 8 jam tempoh terpendam, diikuti dengan edema pulmonari dengan sesak dada, pening, kahak berbuih dan sianosis. Hemoptisis dan kesingkatan pernafasan mungkin berlerusan untuk beberapa minggu selepas pendedahan awal. Jika terkena kulit, gejalanya termasuk sakit yang tera |