Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cer.na] | ترچرنا

Definisi : 1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dsb), terhadam; 2. terserap: dgn demikian, adat kebiasaan ~ dlm bentuk tulisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.cer.na] | ترچرنا

Definisi : sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercerna


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total digestible nutrient (TDN)jumlah nutrien boleh cernaVeterinarTiadaSatu bentuk penilaian yang diperkenalkan di Amerika Syarikat untuk menganggarkan kandungan tenaga dalam makanan. Penilaian ini merupakan bahagian atau peratusan daripada jumlah nutrien yang menghasilkan tenaga iaitu karbohidrat, protein, lemak serta serabut kasar yang terkandung dalam makanan dan boleh dicerna serta diserap untuk keperluan badan. Formula: TDN (%) = % DCP + % DCF + % DNFE + 2.25 x % DEE. DCP, DCF, DNFE dan DEE masing-masingnya ialah protein kasar tercerna, serabut kasar tercerna, ekstrak bebas nitrogen tercerna dan lemak kasar tercerna. Jumlah nutrien boleh cerna bagi rumput kering ialah 52% manakala jagung 80%.
indigestibletak tercernaPerubatanTiadaBerkaitan dengan bahan yang tidak boleh dihadam atau dicerna.
inassimilabletak tercernaPerubatanTiadaTiada
amylorrheaamiloreaPerubatanTiadaKeadaan terdapatnya banyak kanji tak tercerna dalam tinja
anusduburVeterinarTiadaBukaan pada hujung salur makanan, tempat pengaliran saki-baki makanan yang tidak tercerna (tinja) dan bahan-bahan endogen dari salur pencernaan untuk dikeluarkan dari badan. Pada ternakan seperti ayam, bahagian ini bersambung dengan kloaka.
fecestinjaPerubatanTiadaBahan buangan daripada usus, yang sebahagian besarnya terdiri daripada makanan yang tidak tercerna serta bakteria.
fiberseratPerubatanTiada1. Struktur yang menyerupai benang, yang terdiri daripada fibril. 2. Bahan makanan yang tidak tercerna oleh enzim gaster usus manusia.
lacteallaktealPerubatanTiada1. Salur limfa yang satu hujungnya tertutup, yang memanjang ke dalam vilus usus kecil dan menyerap lemak yang tercerna.,2. Berkaitan dengan susu atau sesuatu yang menyerupai susu.
lacteallaktealPerubatanTiada1. Salur limfa yang satu hujungnya tertutup, yang memanjang ke dalam vilus usus kecil. Salur ini menyerap lemak yang tercerna. 2. Berkaitan dengan susu atau sesuatu yang menyerupai susu.
blady grasslalangVeterinarTiadaTumbuhan dari famili Graminae Imperata cylindrica (L) Beauv. yang banyak didapati di kawasan tropika. Lalang mengandungi 4-7% protein dengan jumlah nutrien tercerna (TDN) sebanyak 40-50% dan silika boleh didapati pada daun yang tua. Walau bagaimanapun, tumbuhan ini tidak begitu digemari oleh ternakan ruminan.
12

Kembali ke atas