logic bomb | bom logik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kod hasad yang tercetus apabila berlaku keadaan tertentu. Bom logik akan menyalin suatu proses berkali-kali dengan menggunakan arahan seperti fork dalam UNIX sehingga pemproses terbeban dengan timbunan proses lewah. Contohnya, virus April Fool yang tercetus pada tarikh 1 April. |
inflammation | keradangan | Perubatan | Tiada | Gerak balas perlindungan yang tercetus oleh kecederaan atau kerosakan tisu akibat sesuatu, seperti bahan kimia, dan mikroorganisma, sehingga mendatangkan kepanasan, kebengkakan, kesakitan dan kemerahan pada tisu. |
inflammation | inflamasi | Perubatan | Tiada | Gerak balas perlindungan yang tercetus akibat kecederaan atau kerosakan tisu. Inflamasi dicirikan oleh kepanasan, kebengkakan, nyeri dan kemerahan pada tisu. |
inflammation | inflamasi | Perubatan | Tiada | Gerak balas perlindungan yang tercetus oleh kecederaan atau kerosakan tisu akibat sesuatu, seperti bahan kimia dan mikroorganisma. Gerak balas ini berperanan untuk memusnahkan atau mengurangkan kesan bahan atau mikroorganisma tersebut. Antara ciri yang sering berlaku pada tisu tersebut ialah kepanasan, kebengkakan, kesakitan dan kemerahan. |
intention tremor | tremor tujuan | Perubatan | Tiada | Tremor yang tercetus dan menjadi lebih teruk apabila gerakan voluntari dilakukan. |
cognitive dissonance | canggah ketahuan kognitif | Komunikasi | Tiada | Perasaan yang tercetus apabila pengetahuan yang sedia ada bertentangan dengan maklumat baru yang diterima sama ada melalui perhubungan bersemuka atau sebaran am. |
affect | afek | Perubatan | Tiada | 1. Istilah yang digunakan oleh Freud untuk menggambarkan perasaan yang tercetus, sama ada nyaman atau tidak apabila seseorang terangsang. 2. Gambaran keadaan mental berhubung dengan emosi. |
ballismus | balismus | Perubatan | Tiada | Pergerakan mengayun yang kuat pada anggota akibat kontraksi otot anggota proksimal, yang tercetus daripada kerosakan nukleus subtalamus Luysii atau serat penghubung nukleus yang berkenaan. |
delirium tremens | racauan tremens | Perubatan | Tiada | Gangguan mental yang akut, yang biasanya berkaitan dengan penagihan alkohol. Keadaan ini tercetus semasa penghentian pengambilan alkohol secara mengejut. Antara gejala yang dialami oleh pesakit ialah menggigil, kekusutan mental, mandi peluh dan sakit di bahagian jantung. Sin: racauan alkoholisme |
action potential | keupayaan tindakan | Perubatan | Tiada | 2. Perubahan voltan yang berlaku pada membran saraf atau sel otot semasa impuls saraf tercetus. |