Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gi.git] | ترݢيݢيت

Definisi : 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergigit

Puisi
 

Sayang pindah naik rakit,
     Rakit berikat tali bemban;
Sedangkan lidah lagikan tergigit,
     Inikan pula sahabat sekawan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Membuat tergigit (= tercabut) lidah.

Bermaksud :

Memberi nasihat yang sia-sia kepada orang yang berkelakuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boutonneuse feverdemam butoneusBiologiMikrobiologiDemam panas yang tinggi yang disebabkan oleh Rickettsia conorii yang disebarkan melalui gigitan kutu anjing atau tikus. Gejala utama penyakit ini ialah radang berbentuk butang di kawasan tergigit, ruam, ulser primer, dan bengkak nodus limfa. Demam ini dikenali juga sebagai demam Marselle, tifus kutu Kenya, demam gigitan kutu Afrika Selatan, dan tifus kutu India.

Kembali ke atas