cerebellar gait | lenggok serebelum | Perubatan | Tiada | Gaya berjalan yang terhuyung-hayang, yang menandakan gangguan pada bahagian tertentu serebelum. |
active nutation control | kawalan nutasi aktif | Aeroangkasa | Tiada | Kaedah mengawal kestabilan sesebuah pesawat daripada terhuyung-hayang dengan menggunakan penujah. |
passive nutation control | kawalan nutasi pasif | Aeroangkasa | Tiada | Kaedah pengawalan kestabilan sesebuah pesawat daripada terhuyung-hayang dengan menggunakan alat-alat penyerap kesan nutasi. |
Romberg�s sign | tanda Romberg | Perubatan | Tiada | Tanda untuk ataksia lokomotor yang dicirikan dengan tubuh terhuyung-hayang semasa berdiri tegak dengan kaki rapat dan mata tertutup. Tanda ini ketara pada penyakit tabes dorsalis. |
sedative | penenang/sedatif | Herba | Tiada | Herba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara. |
phenobarbital poisoning | keracunan fenobarbital | Kimia | Forensik | Keracunan akibat dos berlebihan fenobarbital, iaitu ubat barbiturat, antikekejangan dan penenang yang diberikan untuk merawat banyak penyakit kekejangan dan sebagai pil tidur yang aktif lama. Gejala awal keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan termasuk mengantuk, kecelaruan mental dan terhuyung-hayang diikuti koma dengan cepat. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuk kecelaruan mental, ataksia, pening, mengantuk, tekanan emosi, kerengsaan dan gangguan kelakuan yang lain. Dos terapeutik ialah 10 �g/mL /mL - 30 �g/mL /mL, dos toksik ialah 30 �g/mL - 40 �g/mL, dos maut ialah 50 �g/mL - 60 �g/mL dan dos parah anggaran ialah 1.5 g, dan kepekatan toksik ialah 100 �g/mL Tempoh setengah hayat ialah 2 - 6 hari. |
cerebellum | serebelum | Veterinar | Praklinikal | Bahagian otak berbentuk bunga kobis; yang terletak di belakang atas tangkai otak dan berdekatan dengan pons. Serebelum dipisahkan daripada serebrum oleh tentorium. Bahagian ini menala aktiviti motor; mengawal atur postur dan mengimbangi badan. Antara kesan kecederaan serebelum ialah pergerakan menjadi lambat; tidak selaras; terhuyung-hayang dan pergerakan mata yang abnormal. |