attended time | masa terjaga | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
unattended communication | perhubungan tak terjaga | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
unattended exchange | ibu sawat tak terjaga | Sosiologi | Tiada | Ibu sawat yang dikendalikan secara automatik. |
insomnia | insomnia | Psikologi | Psikologi Umum | Kecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain. |
sleep apnea | apnea tidur | Psikologi | Psikologi Umum | Gangguan pada pernafasan secara berulangan semasa tidur. Individu yang menghidap apnea biasanya akan terhenti pernafasannya selama 20 saat hingga dua minit. Apabila keperluan oksigen menjadi begitu terdesak, individu tersebut akan terjaga dan menyedut udara dengan cepat tetapi tidur semula kemudiannya. Keadaan ini akan berulang beberapa kali di sepanjang malam hingga ke waktu pagi. Kesannya, individu ini sering mengantuk pada waktu siangnya. Punca utama apnea ialah otak berhenti menghantar maklumat kepada diafragma bagi mengekalkan pernafasan. |
hallucination | halusinasi | Farmasi | Farmakologi | Suatu persepsi deria (penglihatan, sentuhan, bunyi, bau atau rasa) yang kompleks, biasanya palsu atau terherot tentang sesuatu objek atau keadaan yang berlaku tanpa rangsangan luaran. Keadaan ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau terjaga, biasanya disusuli dengan perasaan yang sangat kuat bahawa persepsi kompleks tersebut adalah suatu yang benar-benar berlaku. Halusinasi boleh melibatkan sebarang deria dan diklasifikasikan kepada auditori, gustatori, olfaktori, taktil atau visual. Keadaan ini merupakan simptom bagi kelakuan psikotik yang biasanya dilihat semasa skizofrenia serta gangguan lain atau gangguan mental organik. Halusinasi boleh mempunyai sebab-sebab psikologi seperti dalam penyakit-penyakit mental atau boleh disebabkan oleh drug, alkohol, penyakit organik (seperti barah otak, nyanyuk atau keletihan). Apabila halusinasi berpunca daripada masalah psikologi, ia selalunya mewakili konflik yang terpendam. |
Good Clinical Practice (GCP) | Amalan Klinikal Piawai (GCP) | Perubatan | Tiada | Satu piawaian saintifik dan etika antarabangsa bagi menjalankan kajian yang melibatkan manusia yang mencakupi reka bentuk, pengendalian, mutu pencapaian, pemantauan, audit, rekod, analisis dan pelaporan. Amalan klinikal ini berasaskan Deklarasi Helsinki yang dibuat oleh World Medical Association pada tahun 1964 bertujuan untuk memastikan keselamatan nyawa, kesihatan, privasi dan maruah subjek kajian supaya terjaga di samping mencapai hasil kajian yang berwibawa. Amalan klinikal ini kemudiannya diolah semula menjadi garis panduan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan International Conference of Harmonisation (ICH). Badan-badan yang bertanggungjawab di peringkat negara pula akan mengolah tatacara ini agar ia bersesuaian dengan keadaan setempat. |