Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jun.tai] | ترجونتاي

Definisi : tergantung atau terjulur ke bawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jun.tai] | ترجونتاي

Definisi : terhulur ke bawah (tanpa mencecah tanah dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dangling bondikatan terjuntaiFizikTiadaTiada
penduliflorypendulifloriBiologiEkologiBerkaitan dengan bunga yang terbentuk di hujung tangkai, yang terjuntai di luar silara pokok, misalnya petai, Parkia speciosa.
uvulauvulaPerubatanTiada1. Sebahagian daripada vermis inferior pada serebelum. 2. Cuaran berbentuk kon dan terjuntai daripada lelangit lembut.
Trendelenburg positionposisi TrendelenburgPerubatanTiadaKedudukan pesakit yang terlentang, bahagian kepala curam ke bawah dan kaki terjuntai daripada sendi lutut di hujung katil yang dipatahkan.
reversed Trendelenburg positionposisi Trendelenburg terbalikPerubatanTiadaKedudukan pesakit yang terlentang, bahagian kepala curam ke atas dan kaki terjuntai daripada sendi lutut di hujung katil yang dipatahkan.
greater omentumomentemum besarPerubatanTiadaOmentum yang menghubungkan lengkungan besar gaster dengan permukaan anterior kolon lintang. Omentum ini terjuntai ke bawah sehingga menutupi bahagian depan usus, seperti sehelai apron.
knee-jerk reflexrefleks sentakan lututKejururawatanTiadaTindak balas otot kuadriseps akibat ketukan ke atas ligamen patela dalam keadaan kaki terjuntai dengan lutut bersudut 90�.
Greek coiffuredandan rambut YunaniKesenianTiadaStail dandan rambut yang dibelah tengah dan dianyam tocang, dililit di atas kepala untuk membentuk tiga gelung yang terjuntai di tengkuk. Popular pada tahun 1860-an di Eropah.
indusiumindusiumBiologiHistologi dan Sitologi1. Bonggol pada epidermis tumbuh-tumbuhan yang melindungi sorus, seperti yang terdapat pada paku-pakis, episporagium. 2. Struktur yang terjuntai daripada hujung stip sesetengah kulat. 3. Gumpalan bulu yang berbentuk seperti bibir cawan, yang menyelubungi stigma. 4. Kelongsong larva serangga. 5. Girus suprakalosa pada rinensefalon.
Epipremnum giganteumakar resdungHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Araceae yang dikenali juga sebagai rengut. Daunnya panjang dan lebar, dan tersusun secara berselang. Akar pernafasannya tumbuh daripada batang dan terjuntai. Akar ini berfungsi untuk menyerap gas karbon dioksida. Tumbuhan ini hidup secara melekat dan memanjat pada batang pokok. Akar yang telah dikeringkan dibakar hujungnya kemudian dihisap seperti rokok, dan asapnya dikeluarkan melalui hidung untuk mengubati resdung.
12

Kembali ke atas