moderator variable | pemboleh ubah sederhana | Pendidikan | Tiada | Pemboleh ubah yang mungkin terkawal atau tidak terkawal tetapi mempunyai kesan dalam situasi kajian. |
controlled environment | persekitaran terkawal | Pertanian | Agronomi | Teknologi yang digunakan dalam pertanian untuk menyediakan keadaan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Persekitaran terkawal boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah rumah kaca, hidroponik, akuakultur dan akuaponik. Ciri-ciri yang dikawal termasuklah suhu, kelembapan, cahaya, pH dan kandungan nutrien. Persekitaran terkawal juga digunakan dalam eksperimen supaya semua faktor yang mempengaruhi tumbesaran dapat diseragamkan, melainkan faktor yang hendak dikaji kesannya. Peralatan yang diperlukan untuk mewujudkan persekitaran terkawal termasuk sistem pendingin dan pengaliran udara, sistem pengairan dan saliran, lampu dan penapis cahaya, penjana gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen. |
controlled environment | persekitaran terkawal | Pertanian | Agroteknologi | Pengeluaran tanaman yang diusahakan dalam keadaan dan suasana terkawal supaya mampu memberi hasil dan kualiti yang tinggi. Tanaman ditanam dalam struktur terlindung yang diperbuat daripada plastik atau kaca yang telus cahaya. Pengairan tanaman adalah secara berjadual dengan sistem semburan, titisan atau fertigasi, atau menggunakan sistem hidroponik. Suhu dikawal dengan penggunaan penyejuk sejatan. Pertanian dalam persekitaran terkawal sesuai untuk jenis tanaman bernilai tinggi seperti bunga-bungaan, herba, tomato, melon, strawberi dan cili. Kaedah ini banyak diamalkan di Cameron Highland. |
non-equivalent control group | kumpulan kawalan tak setara | Komunikasi | Korporat | Kumpulan yang tidak terpilih sebagai responden utama kerana tidak memiliki ciri yang diperlukan. Walau bagaimanapun, kumpulan ini dikenali sebagai kumpulan responden terkawal. Fungsi kumpulan responden terkawal adalah sebagai alat perbandingan hasil kajian. Contohnya, kajian terhadap keberkesanan perkhidmatan kaunter di pusat pengajian tinggi dalam kalangan pelajar siswazah luar negara. Pelajar siswazah luar negara ialah sampel utama, manakala pelajar siswazah dalam negara ialah kumpulan responden terkawal. |
arrested caries | karies terkawal | Perubatan | Tiada | Karies yang telah terkawal atau dihalang dari mara. |
arrested lesion | lesi terkawal | Perubatan | Tiada | Lesi yang telah terkawal atau di halang kemaraannya. |
controlled company | syarikat terkawal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Syarikat yang dianggap terkawal mengikut perundangan cukai. |
controlled feeding | pemakanan terkawal | Perubatan | Tiada | Pemberian makanan dan pemakanan yang terkawal mengikut aturan tertentu. |
controlled hypotension | hipotensi terkawal | Perubatan | Tiada | Penurunan tekanan darah arteri secara terkawal untuk mengurangkan pendarahan dan/atau memudahkan proses pembedahan. Kaedah ini sesuai dalam pembedahan major, seperti pembedahan spina, aneurisme, barah otak, kelenjar adrenal dan parotid. Teknik ini boleh dilakukan dengan menggunakan agen penyekat beta, agen vasodilator dan agen anestesia meruap. Contoh agen penyekat beta seperti esmolol dan labetolol, agen vasodilator seperti sodium nitroprusida dan gliserin trinitrat, dan agen anestesia meruap seperti halotana dan isoflurana. Sinonim hipotensi terancang. |
controlled mechanical ventilation | ventilasi mekanikal terkawal | Perubatan | Tiada | Lihat ventilasi modus terkawal. |