quarantine | kuarantin | Kejuruteraan | Tiada | 5. Tempat atau tempoh penahanan kapal-kapal yang datang daripada pelabuhan-pelabuhan yang terkena atau disyaki terkena jangkitan. |
dead bowl | bol mati | Sukan | Tiada | Bol dianggap mati jika: 1. Bol jatuh ke dalam parit, melainkan bol penyentuh. 2. Bol melantun ke dalam grin selepas terkena benteng. 3. Bol terkena penyentuh atau jek yang berada dalam parit. 4. Bol berhenti kurang daripada 15 ela di depan mat. |
Leg Before Wicket (L.B.W.) | Mati Halang Kaki (M.H.K.) | Sukan | Tiada | Mati yang disebabkan bola terkena kaki pemukul, dan mati seperti ini dianggap oleh pengadil sama seperti mati terkena kayu pancang. Akibatnya pemukul akan terkeluar daripada permainan. |
scorch | cangkut | Biologi | Patologi | Belur akibat terkena sinaran cahaya matahari atau api, terutama pada bahagian tumbuhan berwarna hijau. Kawasan belur tersebut berwarna putih pucat, tetapi tidak hangus. Jika selnya mati, kawasan tersebut menjadi perang. |
bombarded particle | zarah terbedil | Kejuruteraan | Tiada | Zarah yang terkena zarah tuju dalam proses nuklear. |
deflected (unintentionally) | terbias | Sukan | Tiada | Keadaan apabila bola terkena kayu pemain dan melantun ke luar kawasan permainan. |
photodiode | fotodiod | Kejuruteraan | Tiada | Diod yang berfungsi apabila terkena cahaya. |
scald | lecur | Biologi | Patologi | Belur yang nampak seperti terkena air panas, iaitu jernih dan translusen, tetap bukan klorosis. |
scald | lecur | Perubatan | Tiada | Lepuh yang berlaku akibat terkena haba, seperti daripada air panas dan api. |
burn wound | luka bakar | Perubatan | Tiada | Kecederaan akibat terkena haba, seperti api dan bahan kimia. Luka bakar darjah pertama dicirikan dengan kemerahan kulit, manakala luka bakar darjah kedua pula dicirikan dengan lecur dan lukar bakar darjah ketiga dicirikan dengan nekrosis pada keseluruhan bahagian dermis dan epidermis kulit. Luka bakar darjah pertama dan kedua disebut luka bakar separa, manakala luka bakar darjah ketiga disebut luka bakar penuh. |