Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.khu.sus] | ترخصوس

Definisi : terkhas, teristimewa, tertentu (utk sesuatu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.khu.sus] | ترخصوس

Definisi : dikhususkan; dikhaskan; terkhas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
khusus (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan khas, tertentu, teristimewa, terhad, terbatas;,
Kata Terbitan : mengkhususkan, terkhusus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
specialized factorfaktor terkhususEkonomiTiadaTiada
accountable managementpengurusan bertanggungjawabPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbir peringkat atasan yang mempunyai kewajipan tertentu dalam memimpin dan memacu organisasi ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Pengurusan bertanggungjawab mempunyai fungsi terkhusus dalam membuat perancangan dan keputusan, mengeluarkan arahan, mengatur, menyelaras dan menguatkuasakan peraturan. Pentadbir peringkat atasan juga bertindak sebagai jurulatih, pembimbing, penasihat, pemujuk, dan pihak yang sentiasa memberikan galakan atau motivasi kepada pekerja. Dalam konteks ini, pengurusan bertanggungjawab perlu telus, amanah, berdedikasi dan mempunyai pandangan yang jauh dalam membawa organisasi ke mercu kejayaan.

administrative doctrinedoktrin pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip atau panduan yang menjadi pegangan bagi seseorang pentadbir atau sesebuah organisasi dalam mengendalikan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran. Doktrin pentadbiran menetapkan kaedah dan tatacara sesebuah organisasi itu harus ditadbir berpandukan kepada sistem terkhusus tentang pembahagian kuasa, pelaksanaan bidang tugas, pemberian arahan, penyelarasan, keseragaman dan sebagainya. Contohnya, Doktrin Pengasingan Kuasa menjadi panduan dan landasan kepada Badan Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan di Malaysia tentang pembahagian dan pengasingan kuasa.


Kembali ke atas