Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.bih] | ترلبيه

Definisi : 1. yg paling lebih (cerdik, penting, besar, dll), tersangat: kpd hatinya, ~ baik keris itu drpd golok, kerana Hang Tuah terlalu tahu melihat keris; ~ dahulu pertama-­tama; 2. = terlebih-lebih = ~ pula (lagi) terutama (teristimewa) pula, lebih-lebih lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.bih] | ترلبيه

Definisi : 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlebih

Puisi
 

Apa daya dengannya kuku,
     Terlebih baik dengannya pedang;
Tak usah dihantar sampai di pintu,
     Kakandamu boleh berjalan seorang.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Cium tapak tangan,
     berbaukah atau tidak?

Bermaksud :

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brain ischaemiaiskemia otakPerubatanTiadaKekurangan oksigen dalam otak disebabkan kekurangan bekalan atau terlebih keperluan oksigen. Kekurangan bekalan oksigen boleh disebabkan kenaikan tekanan intrakranium, hipotensi, embolisme otak dan trombosis saluran darah otak. Manakala terlebih keperluan oksigen dalam otak pula boleh disebabkan epilepsi dan hipertermia.
symmetry numbernombor simetriKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah yang mengambil kira keadaan terlebih kira apabila sesuatu keadaan seperti 1-2 dan 2-1 dibezakan. Dalam had klasik, penjumlahan sesuatu keadaan biasanya dibahagikan dengan nombor simetri untuk mengelakkan berlakunya terlebih kira.
overreportingterlebih laporKependudukanTiadaTiada
overstatingterlebih nyataPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
overcarvedterlebih ukirPerubatanTiadaPengukiran restorasi yang berlebihan sehingga terdapat kekurangan dan anatomi yang tidak terbentuk dengan betul.
overcontouredterlebih ukirPerubatanTiadaPengukiran yang berlebihan sehingga ciri-ciri fizikal seperti kuspa restorasi menjadi terlalu tinggi, liang dan fisur menjadi terlalu dalam dan kontur permukaan keterlaluan.
overpricedterlebih hargaPentadbiran PerniagaanTiadaHarga sesuatu saham atau bon melebihi nilai hakikatnya.
overboughtterlebih beliPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan harga sekuriti atau pasaran terlalu tinggi dan kemungkinan mengalami pembetulan teknikal ke arah menurun dalam masa yang singkat disebabkan pesanan belian berlebihan.
overissueterlebih terbitanPentadbiran PerniagaanTiadaPenerbitan sekuriti yang melebihi had yang dibenarkan oleh piagam syarikat.
oversoldterlebih jualPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan harga sekuriti atau pasaran secara keseluruhan terlalu rendah yang berkemungkinan akan mengalami pembetulan teknik ke arah menaik dalam masa yang singkat.
12345678910...

Kembali ke atas