microorganism | mikroorganisma | Perubatan | Tiada | Tumbuhan atau haiwan seni, termasuklah protozoa, kulat, bakteria atau virus. |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya |
population ecology | ekologi populasi | Biologi | Ekologi | Kajian tentang populasi termasuklah cara pertumbuhan pertandingan, dan penyerakan populasi yang berkenaan. |
toll-house | rumah tol | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kompleks bayaran tol termasuklah bangunan pentadbiran dan kemudahan asas yang lain. |
benthos | bentos | Biologi | Ekologi | Organisma yang hidup di dasar laut, termasuklah organisma yang melekat seperti teritip dan tiram, yang merayap, seperti siput dan cacng pipih, dan yang mengorek lubang, seperti kepah dan cacing. |
Acarina | Acarina | Perubatan | Tiada | Suatu order kelas Arachnida, di antaranya termasuklah tungau dan sengkenit. |
ergonomics | ergonomik | Perubatan | Tiada | Kajian tentang manusia dan kerjanya, antaranya termasuklah prinsip-prinsip anatomi, fisiologi, psikologi dan mekanik, yang mempengaruhi kecekapan penggunaan tenaga manusia. |
language planning | perancangan bahasa | Sosiolinguistik | Tiada | Membuat keputusan tentang bahasa termasuklah penetapan taraf bahasa dan bahan bahasa seperti ejaan, tatabahasa,istilah, sebutan dan kosa kata serta hal-hal lain yang bersangkulan dengan bahasa. |
dioxin | dioksina | Kejuruteraan | Tiada | Kumpulan sebatian yang sangat toksik dan karsinogen, termasuklah racun rumpai 2,4,-D dan 2,4,5-T, dan Agen Jingga. |
decking | bina dek | Landskap | Tiada | Aktiviti yang berkaitan dengan pembinaan dek termasuklah mendirikan tiang, menyusun papan lantai dan sebagainya. |