PDU (protocol data unit) | PDU (unit protokol data) | Teknologi Maklumat | Tiada | Terminologi OSI untuk "paket". Objek data yang saling tukar oleh protokol dalam lapisan tertentu. PDU mengandungi maklumat data dan kawalan(protokol)yang membolehkan penyelarasan interaksi antara kedua-dua mesin. |
scattering power | kuasa serakan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nisbah jumlah kuasa yang terserak oleh sasaran terhadap kuasa gelombang tuju tanpa mengambil kira arah serakan. Kuasa serakan digunakan dalam terminologi radar untuk mengukur tenaga yang hilang yang disebabkan oleh penyerapan penyerak. |
personality | personaliti | Psikologi | Psikologi Umum | Pola tingkah laku, pemikiran dan emosi individu yang unik dan biasanya agak stabil merentasi masa. Konsep ini juga dikatakan sebagai satu gabungan khusus bakat, nilai, harapan, emosi dan tabiat yang menjadikan seseorang individu unik berbanding orang lain. Beberapa terminologi atau teori digunakan untuk menjelaskan personaliti seperti trait yang mewakili kualiti tertentu individu yang stabil dalam kebanyakan situasi. Contohnya, trait imiginatif yang tinggi dalam kalangan individu biasanya akan memperlihatkan sifat-sifat seperti kreatif, inovatif, bijak dan mempunyai daya ingin tahu yang tinggi. Menurut teori pembelajaran sosial pula, individu boleh berbeza antara satu sama lain mengikut proses sosialisasi, jangkaan dan proses mental mereka. |