Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.mi.num] | ترمينوم

Definisi : 1. minum dgn tidak sengaja, telahatau sudah diminum; 2. boleh (dapat) di­minum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.mi.num] | ترمينوم

Definisi : 1 sudah diminum; diminum dgn tidak sengaja. 2 dpt diminum (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minum (kata kerja)
Bersinonim dengan meneguk, menggogok, menggelogok, menogok, menogak, menunggang, menghisap, menghirup, menyedut, menelan, menjilat, mereguk;,
Kata Terbitan : terminum, minuman, peminum,

Puisi
 

Hendak diminum tidak terminum,
     Minum sedikit di dalam cangkir;
Hendak senyum tidak tersenyum,
     Senyum sedikit di hujung bibir.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Telentang sama menadah embun,
     tertiarap bersama memakan pasir.

Bermaksud :

Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethanol poisoningkeracunan etanolKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan etanol. Elanol hanya berbahaya jika terminum dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Dos maut bagi orang dewasa ialah 300 cm3 - 400 cm3 etanol tulen jika diminum dalam tempoh kurang daripada 1 jam. Had pendedahan ialah 1000 ppm. Etanol menekan sistem saraf pusat secara tak seragam mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Penemuan patologi dalam kematian akut tennasuk edema otak dan hiperemia dan edema saluran gastrousus. Penemuan patologi termasuk kemerosotan hati, buah pinggang, dan otak, gastritis atrofik, dan sirosis hali. Tanda utama keracunan ialah penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut menyebabkan kurang waras, masalah penglihatan, tiada koordinasi otot, pertuturan tidak jelas, koma dan mati, bergantung pada darjah keracunan. Keracunan kronik menyebabkan hilang berat badan, sirosis hati dan gastroenteritis dengan anoreksia dan cirit-birit.
lactase deficiencykekurangan laktasePerubatanTiadaKetakcukupan atau ketiadaan enzim laktase, yang biasanya berlaku sejak lahir. Akibatnya individu berkenaan mengalami kekembungan atau cirit-birit apabila individu berkenaan terminum susu (yang mengandungi laktosa), atau termakan makanan yang mengandungi susu. Keadaan ini sering dialami oleh orang Negro, Cina dan orang pulau Cyprus. Lihat juga ketaktoleranan laktosa.

Kembali ke atas