balance diet | diet seimbang | Veterinar | Tiada | Makanan ternakan yang mengandungi keperluan nutrien seperti tenaga, protein, mineral dan vitamin yang sesuai dengan tahap fisiologi ternakan. Ternakan yang muda memerlukan aras protein dan tenaga yang lebih tinggi berbanding ternakan yang lebih tua. Bagi unggas yang sedang berada pada fasa bertelur pula memerlukan empat kali ganda kalsium dalam diet berbanding dengan unggas fasa lain. Sinonim rangsum seimbang. |
restricted feeding | pemberian makanan terbatas | Veterinar | Tiada | Kaedah pemberian makanan kepada ternakan supaya ternakan tidak membesar terlalu cepat atau menjadi terlalu gemuk. Ternakan betina yang terlalu gemuk akan merencatkan penghasilan telur atau tidak boleh membiak. Terdapat beberapa kaedah pemberian makanan terbatas iaitu secara selang sehari atau pemberian dengan banyak untuk tiga hari berturut-turut dan untuk dua hari berikutnya pula makanan tidak diberi langsung kepada ternakan. Tujuan kaedah ini dilakukan untuk memastikan ternakan seperti ayam mendapat jumlah makanan dan mengalami pertumbuhan yang seimbang. Demikian juga pada babi, kaedah ini diamalkan untuk mengelakkan ternakan menjadi terlalu gemuk dan merencatkan pembiakan. |
hormone implantation | pengimplanan hormon | Veterinar | Tiada | Kaedah menanam pelet hormon penggalak pertumbuhan pada bawah kulit yang selalunya ditanam pada bahagian telinga. Hormon yang ditanam akan dilepaskan secara perlahan dan berterusan dalam tempoh beberapa bulan. Tujuannya untuk menggalakkan pertumbuhan ternakan. Ternakan yang menerima hormon akan menghasilkan lebih banyak daging dan mengurangkan kadar lemak. Antara contoh hormon ialah estrogen, endrogen, progestogen, heksestrol dan stilbestrol. |
supplementary protein | protein pelengkap | Veterinar | Tiada | Protein yang dibekalkan kepada ternakan untuk memenuhi keperluan protein harian dalam situasi tertentu. Protein ini perlu diberikan sekiranya ternakan mendapat protein berkualiti rendah, diserang penyakit atau semasa ternakan mengalami tekanan. Selain itu, protein pelengkap juga diberi kepada ternakan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan lebih cepat, merangsang pengeluaran susu atau semasa ternakan berada di peringkat akhir bunting. Antara sumber protein yang biasa diberikan ialah mil ikan, mil kacang soya dan konsentrat protein. Sumber protein pelengkap yang berasaskan tumbuhan pula antaranya ialah kekacang seperti petai belalang, glirisidia, kenaf dan mulberi. Walau bagaimanapun, sumber bukan protein seperti urea juga boleh dibekalkan kepada ternakan ruminan pada kadar antara 0.5% hingga 1%. |
weaning | penyapihan | Veterinar | Tiada | Proses memisahkan anak ternakan daripada ibunya yang bertujuan untuk diurus secara berasingan. Biasanya, umur anak ternakan yang disapih bergantung pada jenis ternakan. Contohnya, bagi anak lembu pedaging akan disapih pada umur enam bulan, anak kambing dan biri-biri disapih pada umur tiga bulan manakala anak khinzir pula disapih pada umur tiga minggu. Bagi ternakan ruminan baka tenusu, anak ternakan tersebut akan disapih pada umur seminggu kerana susu ibunya diperah untuk tujuan komersial. Anak ternakan yang disapih juga diberi makanan konsentrat atau rumput yang bersesuaian dengan umurnya. Lihat juga sapih awal. |
production peak | puncak pengeluaran | Veterinar | Tiada | Jangka masa pengeluaran tertinggi dalam tempoh keseluruhan pengeluaran telur atau susu yang dihasilkan oleh ternakan. Pada ternakan seperti ayam penelur, puncak pengeluaran telur biasanya berlaku pada umur 28 hingga 33 minggu dengan penghasilan melebihi 78%. Bagi haiwan tenusu, tempoh ini berlaku pada bulan kedua selepas melahirkan anak. |
growth rate | kadar tumbesaran | Perikanan | Akuakultur | Kadar pertambahan berat badan sesuatu ternakan berbanding dengan tempoh masa ternakan dijalankan. Kaedah pengiraan menggunakan purata berat akhir ternakan ditolak dengan purata berat awal dan dibahagi dengan bilangan hari ternakan (g/hari). (MAKAN, TERNAK) |
self feeding | pemakanan sendiri | Veterinar | Tiada | Sistem pemberian makanan kepada ternakan seperti ayam, lembu dan babi melalui corong tuang untuk membolehkan ternakan mendapat makanan dengan mudah di sepanjang masa. Ternakan akan memakannya mengikut keperluan harian dan berhenti apabila cukup. Sistem ini mempunyai kebaikan dari aspek pengurusan ternakan seperti kurang penggunaan tenaga buruh, mengelakkan pembaziran makanan, dapat menggalakkan pertambahan berat badan harian ternakan dan mempercepatkan pemasaran. Walau bagaimanapun, sistem ini lebih sesuai untuk makanan berasaskan bijirin dan tidak sesuai untuk makanan pukal seperti rufaj. |
body condition score | skor keadaan badan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Satu kaedah pengurusan ternakan dalam menentukan kandungan relatif lemak badan pada haiwan ternakan hidup. Skor keadaan badan dapat membantu penternak pada peringkat pembiakan ternakan betina serta peringkat penggemukan. Contohnya, dalam ternakan lembu pedaging, skor 1 hingga 9 digunakan. Perubahan pada skor keadaan badan juga boleh digunakan sebagai petunjuk sama ada nutrien yang dibekalkan berpadanan dengan keperluan ternakan tersebut. |
withdrawal period | tempoh penarikan | Veterinar | Tiada | Tempoh yang diperlukan untuk memberhentikan pemberian sesuatu bahan di dalam makanan ternakan yang sekiranya ternakan tersebut dimanfaatkan oleh manusia boleh mengakibatkan kesan sampingan. Contoh bahan yang biasa ditambah ke dalam makanan haiwan ialah antibiotik dan ubat cacing. Tempoh yang diperlukan untuk memberhentikan pemberian tersebut bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Pemberian sesuatu antibiotik di dalam makanan atau minuman perlu diberhentikan dua minggu sebelum ternakan disembelih. Bagi lembu tenusu yang disuntik antibiotik ke dalam puting teteknya, susu yang dihasilkan oleh ternakan tersebut tidak boleh digunakan oleh manusia dalam tempoh tertentu. |