backwash | olak buri | Pelayaran | Tiada | Air yang dibuang atau terolak ke belakang oleh putaran kipas belakang. |
energy balance syn. energy budget see also heat balance | imbangan tenaga | Hidrologi | Tiada | Persamaan yang digunakan untuk menganggar sejatan dari badan air terbuka atau peluhsejatan dari permukaan daratan. Persamaan ini menyatakan bahawa penambahan tenaga yang tersimpan dalam suatu badan air adalah sisa antara tenaga masukan (sinaran suria, sinaran gelombang panjang atmosfera, jumlah bersih tenaga terolak ke dalam badan air) dan tenaga keluaran (sinaran suria terpantul dan sinaran gelombang panjang dipancarkan oleh badan air, tenaga sejatan, tenaga terkonduksi dari badan air sebagai haba yang boleh diindera, tenaga yang ditolak oleh air tersejat). (GHM) |