Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rom.ba] | ترومبا

Definisi : sejarah yg diceritakan dlm bentuk perbilangan, tambo, riwayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teromba


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, keti
terombaterombaKesusasteraanTiadaTiada
tambootamboKesusasteraanTiadaLihat terasul, teromba.
terasulterasulKesusasteraanTiadaKitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba.
folk poetrypuisi rakyatKesusasteraanTiadaPuisi yang disampaikan secara lisan. Puisi rakyat biasanya bersifat lirik, iaitu ungkapan puitis yang dapat digunakan untuk seni kata dalam lagu, cerita, ucapan, dan kegiatan harian. Puisi rakyat biasanya berbentuk pendek, bersukat dan berpola, amat terikat dengan keperluan bait, baris dan rima agar mudah dihafal dan diingati. Namun, terdapat juga bentuk berangkap yang lebih longgar strukturnya dan lebih panjang. Contoh bentuk pendek yang terikat ialah pantun, terutamanya pantuan dua kerat. Contohnya adalah seperti yang berikut: Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Puisi lisan yang lebih panjang dan longgar ialah mantera, seloka, manakala ungkapan berirama seperti talibun, teromba, gurindam, dan perbilangan. Lihat juga mantera, talibun, teromba.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.

Kembali ke atas