Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ro.pong] | تروڤوڠ

Definisi : 1. tabung kecil drpd buluh dll, buluh, pembuluh, torak; ~ api sekerat buluh utk me-niup api, salung api; 2. alat utk melihat benda yg jauh-jauh atau benda yg halus-halus, keker; ~ asap pembuluh tempat asap keluar, corong asap; ~ bintang alat utk melihat bintang, teleskop; ~ corong = ~ hendap = ~ intip alat utk melihat sesuatu yg di atas air (dr kapal selam dll), periskop; ~ halus = ~ hama = ~ kuman = ~ tuma alat utk melihat benda-benda halus, mikroskop; ~ hati ki mata; ~ jauh alat utk melihat benda-benda yg jauh, teleskop; meneropong, meneropongi 1. melihat dgn teropong; 2. ki menyelidiki, memeriksai, meneliti: kita telah ~ apa yg telah terjadi pd bidang agama, politik dan ekonomi; peneropongan perbuatan meneropong; peneropong orang yg meneropong. terowong = terowongan gua yg dibina me-nembusi tanah atau bukit dll (utk dijadikan jalan keretapi dll), tembusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ro.pong] | تروڤوڠ

Definisi : alat berkanta yg digunakan utk melihat benda yg halus-halus atau benda yg jauh-jauh. ~ bintang teropong utk melihat bintang. ~ corong (hendap, intip) teropong spt yg digunakan dlm kapal selam utk melihat sesuatu di permukaan laut; periskop. ~ halus (hama, kuman) teropong utk melihat benda-benda yg halus, spt kuman. ~ jauh teropong utk melihat benda-benda yg jauh; teleskop. meneropong melihat dgn menggunakan teropong: ~ bulan. peneropong orang yg mene­ropong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teropong (kata nama)
Bersinonim dengan teleskop, periskop, binokular, mikroskop, keker, semperung;,
Kata Terbitan : meneropong, meneropongi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bronchoscopebronkoskopPerubatanTiadaTeropong yang digunakan untuk memeriksa trakea, bronkus dan cabangnya. Terdapat dua jenis teropong, iaitu teropong yang diperbuat daripada gentian optik dan keluli tahan karat.
Abney levelalat aras AbneyPerhutananPengurusan HutanAlat yang terdiri daripada suatu binaan teropong segi empat tanpa kanta dan berukuran kira-kira 125 mm panjang. Sebuah alat piring separuh bulat yang bersenggat dipasang tetap pada teropong, manakala tiup gelembung dipasang tetap pada lengan vernier dipangsi pada piringan bersenggat.
field glassesteropongFizikTiadaTiada
observatoriummakmal teropong bintangPendidikanTiadaTiada
Gregorian telescopeteropong GregoryFizikOptiklih. teleskop Gregory.
prism binocularteropong prismaFizikOptikSejenis binokular yang terdiri dari sepasang teleskop. Teleskop ini menggunakan sistem penegak prisma Porro untuk menegakkan imej dan mengurangkan panjang alat ini.
telescopeteleskopPerubatanTiadaTeropong untuk melihat benda yang jauh dan menjadikannya lebih besar daripada saiz asalnya.
kaleidoscopekaleidoskopKesenianTiadaTeropong yang mengandungi cermin dan kepingan-kepingan kaca yang kecil dan berwarna.
sinoscopysinoskopiPerubatanTiadaPenggunaan teropong untuk meneliti laluan sinus.
measuring devicepenyukat jarakSukanTiadaPenyukat jarak: Sejenis alat yang menggunakan teropong yang dilengkapkan dengan ukuran digital yang boleh digerakkan di atas rel sebagai pengukur jarak lompatan, dalam acara lompat jauh dan lompat kijang.
12

Kembali ke atas