selection variety | varieti terpilih | Pertanian | Agronomi | Baka tanaman terpilih yang mempunyai ciri yang dikehendaki. Contohnya, tanaman pisang, varieti terpilih termasuk pisang berangan, pisang emas, pisang rastali dan pisang embun. Setiap varieti mempunyai ciri yang tersendiri. |
chosen people | bangsa terpilih | Sejarah | Tiada | Kumpulan orang yang menganggap diri mereka sebagai manusia terpilih oleh Tuhan untuk menjalankan tugas-tugas keagamaan seperti bangsa Israel. |
selective focus | tumpu terpilih | Komunikasi | Tiada | Proses memilih imej dan subjek untuk dijadikan tumpuan utama dalam tangkapan. Imej yang terpilih ini selalunya digunakan dalam teknik tangkap rapat supaya mudah menarik perhatian penonton. |
selective demand | permintaan terpilih | Komunikasi | Korporat | Jenis permintaan terhadap barangan berasaskan jenama dan bukannya kelompok. Arah aliran permintaan terhadap jenama boleh berubah berdasarkan keadaan pasaran yang mudah dipengaruhi oleh gaya kehidupan dan cita rasa pengguna. Maklumat mengenai permintaan terpilih penting bagi pengeluar merancang barangan baru untuk memenuhi permintaan pengguna. Pengguna berkuasa menentukan permintaan terhadap jenama barangan. Selain itu, kekuatan pengaruh jenama dalam pasaran turut ditentukan oleh skala promosi dan pengiklanan. Permintaan terpilih dikenali juga sebagai permintaan sekunder dan bukannya permintaan primer. |
isotopically selected laser spectroscopy | spektroskopi laser terpilih isotop | Kejuruteraan | Tiada | Spektroskopi laser pada jarak gelombang tertentu yang diserap oleh isotop secara terpilih. |
improved grass | rumput terpilih | Veterinar | Tiada | Rumput yang ditanam dalam pastura dan digunakan sebagai makanan ternakan ruminan. Rumput tersebut digunakan untuk ragutan atau dipotong dan diberi makan kepada ternakan dalam bentuk segar atau diproses untuk dijadikan rumput kering atau silaj. Rumput terpilih yang biasa ditanam ialah rumput kuda (Panicum maximum), rumput gajah (Pennisetum purpureum), rumput mardi digit (Digitaria setivalva) dan rumput humidikola (Brachiaria humidicola). Rumput ini mempunyai nilai pemakanan yang sederhana tinggi dengan kandungan tenaga sebanyak 7-9 MJ/kg dan kandungan protein kasarnya sebanyak 8-11% bergantung kepada umur pertumbuhannya. Hasil potongan rumput jenis ini agak tinggi iaitu 15-20 tan/hektar bahan kering setahun. |
Budwood nursery | Semaian kayu mata tunas | Pertanian | Agronomi | Kawasan khas yang ditanam dengan baka terpilih, untuk menghasilkan kayu mata tunas bagi tujuan membuat cantuman mata tunas dalam usaha membiak baka. Kawasan tersebut biasanya menempatkan sebilangan baka terpilih yang mesti dilabel setiap pokok untuk memudahkan pengesanan baka. Apabila diperlukan, cabang pokok kayu mata tunas dicantas supaya mengeluarkan banyak mata tunas. |
replacement | pengembalian | Matematik | Tiada | Syarat dalam proses memilih unsur-unsur daripada ruang sampel untuk dijadikan sampel dalam statistik. Pensampelan dengan pengembalian bermaksud sesuatu yang terpilih dikembalikan dan ada kemungkinan dipilih lagi. Ini bermakna sesuatu unsur mungkin muncul lebih daripada sekali dalam sampel. Bagi pensampelan tanpa pengembalian, sesuatu yang terpilih untuk sampel tidak dikembalikan. Ini bermakna sesuatu yang terpilih muncul sekali sahaja dalam sampel. |
selective scattering | penyerakan terpilih | Geografi | Tiada | Tiada |
selective replacement | penggantian terpilih | Geografi | Tiada | Tiada |