Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ping.gir] | ترڤيڠݢير

Definisi : ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpinggir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
desolationterpinggir)PerubatanTiadaPerasaan disingkirkan dan diabaikan yang dirasai oleh pesakit.
alternative newspapersurat khabar alternatifKomunikasiTiadaSurat khabar yang menentang pemikiran arus perdana dan pihak berkuasa khususnya bagi golongan pembaca kaum muda yang berasa terpinggir.
free tradeperdagangan bebasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerdagangan yang melibatkan kuasa pasaran yang tidak terbatas, kurangnya campur tangan negara dan persaingan adil antara pihak dalam transaksi. Matlamat perdagangan bebas adalah untuk memperluas perdagangan dengan menambah jumlah import dan eksport semua negara di dunia. Ini akan menambahkan daya saing, pengkhususan dan nilai dalam pengeluaran barangan dan perkhidmatan serta meninggikan pertumbuhan ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, ramai pakar ekonomi yang tidak bersetuju dengan perdagangan bebas kerana ia boleh membunuh industri tempatan yang tidak boleh bersaing dengan pemain global. Ini boleh menyebabkan pengangguran dan kehancuran industri tradisional, dan komuniti terpinggir. Contoh perjanjian antarabangsa yang menggalakkan kebebasan perdagangan yang lebih luas ialah Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT), Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Tran

Kembali ke atas