terrorism | terorisme | Sosiologi | Tiada | Tiada |
terrorism | terorisme | Sains Politik | Tiada | Tiada |
terrorism | terorisme | Undang-undang | Tiada | Tiada |
terrorism | keganasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
terrorism | keganasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang serius kepada orang awam atau mana-mana pihak yang tidak mengambil bahagian dalam sesuatu permusuhan apabila tujuan tersebut adalah untuk menakut-nakutkan populasi, atau memaksa sesebuah kerajaan atau pertubuhan antarabangsa untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan 1999. Keganasan boleh dilakukan oleh individu persendirian atau negara. Walau bagaimanapun, keganasan biasanya dilakukan bagi tujuan politik atau ideologi tetapi bukan untuk tujuan persendirian. Contoh keganasan ialah tindakan meletupkan objek awam, merampas kapal terbang, mengambil tebusan atau perbuatan menculik. |
biological terrorism | keganasan biologi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keganasan terhadap orang awam yang melibatkan penggunaan agen biologi untuk mencapai matlamat yang bersifat politik, agama atau ideologi. Tindakan ini dilakukan melalui ugutan, paksaan atau dengan menanamkan rasa takut kepada sesuatu pihak. Contohnya, tindakan keganasan terhadap sesebuah negara dengan menggunakan agen biologi seperti bakteria, virus atau toksin. |
maritime terrorism | keganasan maritim | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Keganasan yang dikaitkan dengan aktiviti rompakan yang dilakukan di laut lepas. Dalam kes seperti ini, lanun yang melakukan rompakan tersebut tidak melakukannya atas arahan mana-mana pihak dan tidak menerima sebarang perlindungan daripada mana-mana negara, tetapi biasanya mereka akan menyerang kapal dari semua negara. Keganasan maritim merupakan satu kesalahan terhadap kemanusiaan. Mana-mana pengganas maritim yang ditangkap boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah tanpa mengira kewarganegaraan. |