Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.liuh] | ترسليوه

Definisi : salah urat, tergeliat, terpe­lecok, keseleo. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.liuh] | ترسليوه

Definisi : tersalah urat kerana terjatuh dll; tergeliat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seliuh
Kata Terbitan : terseliuh,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sprain tendonterseliuhVeterinarTiadaTiada
sprain muscleterseliuhVeterinarTiadaTiada
KecubungDatura metelPertanianTiadaSejenis renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buah bentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk sengal-sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik (bius) yang boleh menyebabkan khayal dan menghilangkan rasa sakit gigi.
Datura metelkecubungHerbaBotani dan BioteknologiPokok renek daripada famili Solanaceae. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat dan tepinya sinuat. Pokok ini ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Bunganya berbentuk corong dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat berduri dan mengandungi banyak biji. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat sengal tulang, sakit sendi, terseliuh dan sakit telinga. Daun dan bunganya dibuat pupuk bersama bawang merah (Allium cepa) dan halia (Zingiber officinale) untuk mengubati sengal tulang. Hirisan daun dihisap seperti rokok untuk mengubati lelah dan resdung. Daun yang dilayur ditampal pada bahagian bawah abdomen untuk melegakan sembelit. Buahnya sangat beracun serta mempunyai kesan narkotik dan anestetik yang boleh menyebabkan khayal, dan boleh menghilangkan sakit gigi.
Crinum asiaticumJenis beri Bakong, bunga tembaga suasaPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Amaryllidaceae, dikenali sebagai bunga tembaga suasa daripada spesies jenis herba bebawang dalam, biasanya ditanam sebagai hiasan. Daunnya panjang, tebal dan berbentuk lanseolat. Bunganya terdapat pada jambak yang bertangkai panjang, berwarna putih, berkelopak panjang, melempai dan bercantum pada bahagian pangkal. Daunnya digunakan untuk mengubati bengkak, terseliuh, sakit kepala dan demam. Akar yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka.
Crinum asiaticumbakongHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Amaryllidaceae yang dikenali juga sebagai bunga tembaga suasa daripada spesies jenis herba bebawang dalam dan biasanya ditanam sebagai hiasan. Daunnya panjang, tebal dan berbentuk lanseolat. Bunganya terdapat pada jambak yang bertangkai panjang, berwarna putih, berkelopak panjang, melempai dan bercantum pada bahagian pangkal. Daunnya digunakan untuk mengubati bengkak, terseliuh, sakit kepala dan demam. Akar yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka.
Mimosa pudicasemaluHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan rumpai jenis merayap dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai malu-malu dan duri semalu. Semalu tumbuh di kawasan terdedah, kering dan terbiar. Batangnya berkayu liat dan berduri. Daunnya jenis majmuk yang menguncup apabila disentuh. Jambak bunganya jenis kapitulum dan berwarna merah jambu. Buahnya jenis lenggai, leper dan berbulu. Daun semalu dipanaskan sehingga mengeluarkan lendir untuk merawat bengkak dan masalah terseliuh. Air rebusan pokok ini diminum oleh kanak-kanak untuk mengatasi masalah sukar tidur, dan diminum oleh wanita untuk mengecutkan rahim dan vagina.
Jasminum sambacmelurHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Oleaceae yang dikenali juga sebagai Jasmin. Tumbuhan beraroma ini berasal dari India dan diperkenalkan ke Malaysia dan pulau Jawa. Pokok ini ditanam sebagai tanaman perhiasan dan perubatan. Daunnya jenis ringkas dan bahagian atas daun berwarna hijau berkilat. Tepi daunnya licin dan berombak. Jambak bunganya jenis sima dan mengandungi tiga atau lebih bunga yang tersusun padat. Bunganya berwarna putih dengan aroma yang kuat. Buahnya jenis beri berwarna hitam apabila matang. Daun yang telah dilumatkan disapukan untuk merawat masalah kulit dan luka, ditumbuk bersama bedak sejuk sebagai sapuan untuk menghilangkan rasa gatal akibat kudis demam campak dan menghilangkan parut kudis. Daun atau bunga yang diramas disapu pada payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu. Air rebusan daun diminum untuk merawat demam. Akar segar dimakan untuk merawat penyakit kelamin dan dibuat tampalan pada bahagian yang terseliuh dan patah anggota. Air rebusan bunga atau akar diminum untuk merawat lela

Kembali ke atas