Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.rem.pa/] | ترسرمڤق

Definisi : 1. diserang (diserbu dll) dgn tiba-tiba; 2. bertemu (bersua) dgn tidak disangka-sangka: sesekali dia ~ dgn orang yg hendak ke kampung tempat dia berguru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.rem.pa/] | ترسرمڤق

Definisi : 1 bertemu atau bersua dgn tidak disangka-sangka: Saya ~ dgn bapa saudara saya di kedai itu. 2 terserang atau terserbu dgn tiba-tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serempak (adjektif)
Bersinonim dengan serentak, sekali gus, bersama-sama;,
Kata Terbitan : menyerempak, terserempak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fight or flight responserespons lawan atau lariPsikologiPsikologi UmumDua respons yang biasanya boleh dipilih oleh individu semasa mengalami tekanan atau suatu keadaan yang mencemaskan. Dalam keadaan cemas, badan dan otak individu akan digerakkan untuk menghadapi atau menghindari sumber yang menekankan. Contohnya, semasa terserempak dengan ular tedung selar yang mendesis, segala jentera biologi dalam badan seseorang akan digerakkan untuk menyelesaikan masalah yang menakutkan ini. Hormon adrenal seperti adrenalina dan noradrenalina akan dirembeskan untuk mempercepat proses penghantaran oksigen dan seterusnya tenaga ke tempat yang memerlukan. Oleh itu, paru-paru akan bertindak pantas untuk membekalkan oksigen, jantung bergerak cepat untuk mengepam darah bersama makanan dan oksigen bagi membekalkan tenaga, penghadaman terhenti dan otot-otot menegang bagi membantu individu melarikan diri atau berdepan dengan sumber yang mencemaskan itu.
James-Lange theoryteori James-LangePsikologiPsikologi UmumTeori emosi yang mengandaikan bahawa emosi yang dialami oleh individu merupakan persepsinya terhadap apa yang dirasainya akibat tindakan perubahan sistem saraf autonomik dan hormon yang dicetuskan oleh rangsangan tertentu. Menurut James dan Lange (1884), perasaan takut timbul akibat daripada bangkitan organ badan. Contohnya, apabila seseorang itu terserempak dengan anjing garang, dia akan melarikan diri dengan denyutan jantung yang kencang, nafas yang sesak dan paru-paru yang deras, lalu diikuti dengan rasa takut setelah menyedari reaksi badannya itu.

Kembali ke atas