published rate | kadar tersiar | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar sewa penuh yang boleh diubah mengikut musim yang digunakan atau diiklankan kepada awam. |
published quotation | sebutan harga tersiar | Undang-undang | Tiada | Tiada |
checking copy | salinan bukti | Komunikasi | Korporat | Salinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan. |
by-line name | nama penulis | Komunikasi | Tiada | Nama yang tercatit atau tersiar dalam hasil penulisan sebagai tanda penghargaan kepada penulis yang menghasilkan karya berkenaan. |
plagiarism | ciplak | Kesusasteraan | Tiada | Kegiatan mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan, sudah dilupakan pembaca, lalu diakui sebagai karya ciptaannya. |
plagiarism | ciplak | Sejarah | Tiada | Kegiatan mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan, sudah dilupakan pembaca, lalu diakui sebagai karya ciptaannya. |
plagiarist | penciplak | Kesusasteraan | Tiada | Orang yang mencuri karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan dan dilupakan lalu diakui sebagai karya ciptaannya. |
abstract card | kad sari | Perpustakaan | Tiada | Kad berukuran 5 x 3 inci yang dimuatkan dengan sari dokumen atau makalah, yang tersiar di dalam majalah berkala. |
abstract | sari; abstrak/niskala | Perpustakaan | Tiada | Satu bentuk bibliografi semasa yang memuatkan catatan ringkas tentang maklumat penting di dalam buku, risalah atau makalah yang tersiar di dalam majalah berjilid; disertai deskripsi bibliografi untuk memudahkan penerbitan atau makalah tersebut diperoleh kembali. Penyusunannya mengikut kelas atau subjek. |
ghost writer | penulis siluman | Komunikasi | Tiada | Orang yang diupah oleh individu atau pihak tertentu supaya menulis mengenai sesuatu perkara. Apabila hasil tulisan itu diterbitkan, nama penulis yang tersiar adalah nama orang yang mengupah dan bukannya nama penulis sebenar. |