Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.su.rat] | ترسورت

Definisi : 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.su.rat] | ترسورت

Definisi : 1 telah ditulis atau disuratkan; tertulis: Kita hendaklah memahami apa-apa yg ~ dlm surat perjanjian itu. 2 sudah ditakdirkan: Sudah ~ agaknya bahawa engkau akan menjadi pembesar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,

Puisi
 

Hari Ahad malam minggu,
     Sayang encik Syawal menganyamlah pagar;
Sudah tersurat ke perut ibu,
     Berjanji awal tidak bertukar.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
thaman musammaharga disebut/harga tersuratPerniagaan IslamTiadaHarga yang tersurat atau harga yang disebut semasa akad. Thaman musamma boleh menepati nilai sebenar, lebih rendah atau tinggi. Contohnya, harga yang disebut dalam akad lelongan atau harga yang tertera pada barangan di kedai. Dalam akad amanah seperti bai‘ murabahah, penjual dimestikan menyebut harga sebenar.
explicit knowledgepengetahuan tersuratPengurusanPerancanganPengetahuan yang boleh dilihat, mudah disampaikan, disimpan dan disebarkan untuk rujukan dan kegunaan pihak lain. Pengetahuan tersurat termasuk maklumat yang disimpan di dalam buku, laman sesawang dan sebarang bentuk storan lain yang boleh didapati secara tampak (visual) atau lisan.
explicittersuratKesusasteraanPuisiMaksud sebuah puisi yang jelas difahami kerana penggunaan bahasanya tidak berkemungkinan membawa erti yang lain. Sinonim eksplisit.
external meaningmakna tersuratLinguistikTiadaTiada
expressed warrantieswaranti tersuratPentadbiran PerniagaanTiadaJanji yang dibuat oleh insured yang dinyatakan dalam polisi bahawa sesuatu perkara akan atau tidak akan dibuat atau sesuatu keadaan akan atau tidak akan wujud.
explicit knowledgepengetahuan tersuratPentadbiranPengurusan-
Manifest DestinyMasa Depan TersuratSejarahTiadaTiada
expliciteksplisitKesusasteraanPuisiLihat tersurat.
literalharafiahKesusasteraanTiadaSama seperti yang tertulis, tersurat iaitu makna yang harafiah.
literal meaningmakna harfiahKesusasteraanPuisiMakna yang tersurat pada sesuatu diksi, frasa atau ayat dalam sesebuah puisi. Aspek ini banyak dikesan dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Contohnya, Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.
123

Kembali ke atas