data description | perihal data | Matematik | Tiada | Spesifikasi unsur data sebagaimana yang tertulis dalam atur cara bahasa sumber, dan tertulis sesuai dengan peraturan dalam bahasa itu. |
direct writtten premium | premium tertulis langsung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Premium yang dipungut tanpa peruntukan untuk mengesidkannya kepada reinsurer. |
literal | harafiah | Kesusasteraan | Tiada | Sama seperti yang tertulis, tersurat iaitu makna yang harafiah. |
bulk advice | pemberitahu pukal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyata yang tertulis pada dokumen perkhidmatan, bilangan kiriman yang dihantar. |
coloratura (It) | koloratura | Kesenian | Tiada | Hiasan pada melodi vokal yang tertulis atau tidak dalam bentuk runs, trill, kadenza dan seumpamanya. |
prehistory | prasejarah | Sejarah | Tiada | Masa, tempoh atau zaman sebelum sejarah tertulis atau penulisan sejarah dan terpaksa bergantung kepada bukti-bukti arkeologi untuk menghuraikannya dengan rekod semasa. |
caption-story | cerita bergambar | Komunikasi | Tiada | Cerita atau penerangan yang tertulis di bawah gambar. |
tacit knowledge | pengetahuan tersirat | Pengurusan | Perancangan | Perkara-perkara yang tidak tertulis dan terucap oleh individu, namun ia tersimpan dalam diri individu tersebut. Pengetahuan tersirat boleh dijelaskan dalam bentuk emosi, ingatan, pengalaman, rangsangan deria atau gerak hati yang wujud dalam diri setiap individu. Pengetahuan ini akan timbul apabila diperlukan tanpa disedari. Kepentingan menguruskan pengetahuan tersirat dalam organisasi adalah dengan memastikan maklumat dan pengetahuan tersebut dikekalkan dalam bentuk dokumentasi atau sistem pengkomputeran. Contohnya, capaian pada soalan lazim (FAQ) dalam komputer yang menyediakan jawapan kepada pelbagai persoalan pengurusan organisasi tanpa perlu merujuk kepada individu tertentu. |
sensory aphasia | afasia deria | Perubatan | Tiada | Ketidakupayaan memahami makna perkataan yang tertulis, sama ada dalam bentuk biasa atau braille, atau yang dituturkan akibat kecederaan atau penyakit pada bahagian pusat perkataan auditori dan visual (auditory and visual word centre) di otak yang berkaitan dengan pendengaran dan penglihatan. Sin: afasia reseptif, afasia temporoparietal. |
aphasia receptive | reseptif afasia | Jururawat | Kejururawatan Klinikal | Kegagalan memahami makna perkataan yang tertulis atau yang dituturkan oleh orang lain dan gagal memberi respons dengan tepat.
|