direct-on-line starter | pemula terus pada talian | Teknik | Elektrik | Pemula motor yang paling ringkas yang menyambungkan bekalan terus ke motor tanpa mengurangkan arus atau voltan bekalan motor tersebut dengan menggunakan penyentuh. Pemula jenis ini sesuai untuk motor arus terus atau arus ulang-alik berukuran sederhana ke bawah (lebih kurang 1.1 kW). |
fuse link | pautan fius | Sosiologi | Tiada | 1. Penyambungan terus di antara dua litar elektrik dengan menggunakan fius. |
cut-off; cutoff (a) | pintasan | Hidrologi | Tiada | (1) Alur terus, semula jadi atau buatan, yang menghubungkan dua titik di sungai. Dengan ini alur menjadi pendek dan kecerunannya bertambah. |
armature | angker | Teknik | Elektrik | 1. bahagian motor atau penjana arus terus yang berputar, atau bahagian yang mengeluarkan tenaga elektrik pada penjana arus terus dan bahagian yang menerima tenaga elektrik bagi motor arus terus. 2. bahagian yang bergetar atau bergerak dalam geganti atau pembaz. |
viscosity-gravity viscometer | meter kelikatan kelikatan-graviti | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : 1. meter kelikatan tunjuk-terus 2. meter V-G Nama yang selalu digunakan untuk sejenis meter kelikatan, iaitu meter kelikatan tunjuk terus. |
derive | terbit | Kejuruteraan | Tiada | 1. Mendapatkan sebatian, zat, struktur atau teori daripada suatu sebatian, zat, struktur atau teori yang lain, sama ada secara terus atau secara tak terus.,2. Mendapatkan atau membangunkan sesuatu daripada bentuknya yang lain, misalnya menerbitkan tenaga elektrik daripada haba. |
stay tune | terus bersama | Komunikasi | Tiada | 1. Hebahan yang dilakukan oleh pengacara atau juruhebah supaya pendengar atau penonton terus mengikuti siaran yang disiarkan. 2. Arahan penerbit kepada kakitangan siaran supaya meneruskan kerja-kerja masing-masing. |
infusion | infusi | Perubatan | Tiada | 1. Kaedah pemberian terus ubat-ubatan atau cecair tubuh selain darah ke dalam vena untuk rawatan. 2. Pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan di dalam air. 3. Larutan yang mengandungi ekstrak herba yang didapati melalui proses (2) di atas. |
infusion | infusi; seduhan | Perubatan | Tiada | 1. Kaedah pemberian terus ubat atau cecair tubuh selain darah ke dalam vena untuk rawatan.,2. Pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan di dalam air.,3. Larutan yang mengandungi ekstrak herba. |
direct output | output terus | Komputer | Tiada | 1. Maklumat atau data output yang diperoleh secara langsung daripada saluran penghantaran atau peranti output tanpa bantuan orang tengah atau peranti lain. 2. Data pemprosesan yang diambil terus daripada pemprosesan yang sedang berlangsung, bukan daripada simpanan kekal, seperti pita atau cakera. |