value overt | nilai terus terang | Psikologi | Tiada | Tiada |
cold fact | fakta sebenar | Sejarah | Tiada | Fakta yang bersifat terus-terang, tanpa dipengaruhi atau disertai oleh emosi atau rayuan. |
تصريح بالخطبة | pinangan jelas | Agama Islam | Fiqh | Pinangan ke atas seseorang perempuan yang dilakukan secara terus terang dan bukan secara sindiran. |
allusion | alusi | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang dikaitkan dengan seseorang tokoh kesusasteraan atau tokoh sejarah, nama tempat atau sesuatu peristiwa, sama ada terus terang atau tidak langsung. |
sixteen personality factor (16 PF)) | personaliti enam belas faktor (16 PF) | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai. |
prose | prosa | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang ditulis dalam bahasa yang biasa dan bersifat pernyataan yang jelas seperti pertuturan seharian. Prosa tidak mempunyai sebarang corak atau bentuk yang tetap dan terkawal seperti yang terdapat dalam sajak, pantun, dan gurindam. Prosa digunakan dalam penulisan esei, cerpen, novel, dan hikayat. Perbezaan antara puisi dengan prosa adalah kurang jelas. Perbezaan yang paling ketara mungkin dapat dilihat dalam bentuknya pada sesuatu muka surat. Puisi dibentangkan dalam bentuk baris-baris yang berbeza panjangnya, diatur dalam bentuk stanza yang distrukturkan, tetapi prosa dibentangkan dalam bentuk yang mengalir dengan bebas, sesekali diganggu oleh pembahagian perenggan. Perkataan prosa atau proversa oratio berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �wacana terus terang�. |
azoic dyes | pencelup azoik | Kesenian | Tiada | Sekumpulan warna yang terhasil secara terus-menerus di dalam gentian melalui tindak balas kimia ke atas kain kapas dan menghasilkan warna terang. Pencelup ini juga dikenali sebagai pencelup naptol atau pencelup ais. |
nacreous clouds | awan nakteus | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Awan stratosfera nadir yang selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk, apabila berlaku aliran barat/barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia Utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ketinggian awan mengikut ukuran C. Stormer ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 m. Awan ini induk mutiara. |
nacreous clouds | awan nakreus | Sains | Hidrometeorologi | Sejenis awan stratosfera yang nadir dan selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk apabila berlaku aliran barat-barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ukuran ketinggian. Stormer awan ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 mm. Awan ini juga diistilahkan sebagai awan induk mutiara. |
existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |