mouth to mouth resuscitation | resusitasi mulut ke mulut | Perubatan | Tiada | Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut untuk membantu mangsa yang tidak boleh bernafas. |
carbon dioxide | karbon dioksida | Biologi | Ekologi | Gas yang tidak berwarna, tidak beracun dan tidak berbau, yang hadir secara semula jadi di atmosfera dalam peratus yang rendah. Tumbuhan hijau menggunakannya untuk proses fotosintesis sementara haiwan mengeluarkannya semasa bernafas. Karbon dioksisa terhasil daripada pembakaran bahan api fosil. Karbon dioksida yang berlebihan boleh meningkatkan suhu udara. |
anaphylactic shock | kejutan anafilaksis | Farmasi | Farmakologi | Tindak balas alahan teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan kadangkalaboleh membawamaut Ciri-ciri kejutan anafilaksis yang dikenal pasti adalah seperti penurunan mendadak pada tekanan darah disebabkan pengembangan salur darah, urtikaria dan kesukaran bernafas akibat kekejangan bronkus yang disebabkan oleh pendedahan kepada sesuatu bahan asing seperti drug, vaksin dan bisa serangga seperti lebah. Individu yang mengalaminya biasanya pemah terdedah kepada bahan-bahan tersebut pada peringkat awal. Bahanbahan tersebut bertindak sebagai antigen, merangsang tindak balas imun permulaan semasa pendedahan yang pertama, menyebabkan tindak balas serta-merta yang lebih teruk semasa pendedahan kedua. Tindak balas pada pendedahan kedua ini dikenali sebagai reaksi hipersensitiviti serta-merta. Reaksi tersebut boleh mengakibatkan maut jika rawatan kecemasan seperti suntikan epinefrina tidak diberi segera. lndividu yang mengalami alahan ini selalunya mempunyai sensitiviti yang melampau terhadap kehadiran sesuatu ba |
barium poisoning | keracunan barium | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pendedahan kepada garam barium seperti barium karbonat, barium hidroksida atau barium klorida, iaitu bahan yang digunakan dalam pestisid. Dos parah adalah lebih kurang I g. Had pendedahan ialah 0.5 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar, konvulsi, dan ritma jantung tak normal dan hipokalemia. Gejala akibat pengingesan atau kadang-kadang penyedutan termasuk otot muka dan leher tegang, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, otot fibril terketar-ketar, kerisauan, keadaan lemah, sukar bernafas. ketakseragaman denyutan jantung, konvulsi, dan mati ekoran kegagalan jantung dan pernafasan. Sebaliknya, penyedutan barium sulfat atau barium oksida pula boleh menyebabkan pneumokoniosis yang tidak berbahaya. |