poor Steppe | hutan jarang Steppe | Geografi | Tiada | Kawasan tanah rumput Steppe yang rumputnya tumbuh jarang-jarang dan tidak subur. |
ice pellets | gentelan ais | Sains | Hidrometeorologi | Kerpasan gentelan ais lut sinar atau lut-cahaya, yang terbentuk sfera atau tidak menentu, jarang-jarang berbentuk kon dan mempunyai diameter 5 mm atau kurang. Gentelan ais terdiri daripada dua jenis dan kini selalu dinyatakan dalam kod cuaca sebagai; Titisan hujan beku atau emping salji yang sebahagian besarnya lebur dan membekun semula; dan gentelan salji yang terbalut di selaput nipis ais. |
electrical storm | ribut elektrik | Sains | Hidrometeorologi | 1. Ribut petir. 2. Keadaan medan elektrik atmosfera yang terganggu dan jarang-jarang terjadi di bahagian bawah atmosfera apabila angin kencang bertiup, dengan banyak debu terdapat dalam udara, tetapi tidak melibatkan aktiviti ribut petir. 3. Sama dengan ribut arus bumi. |
homogeneous crystallization | penghabluran homogen | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penghabluran pembentukan zarah baru yang tidak dipengaruhi oleh benda asing. Penghabluran ini jarang-jarang berlaku kerana cairan induk berada dalam keseimbangan metastabil yang tidak diingini akibat hablur yang terbentuk tidak stabil dan memakan masa untuk terbentuk. |
nephrogenic diabetes insipidus | diabetes insipidus nefrogenik | Perubatan | Tiada | Sejenis diabetes insipidus yang diakibatkan oleh keadaan tubul ginjal yang tidak peka terhadap hormon antidiuresis. Penyakit ini jarang-jarang berlaku. |
hyetal region | wilayah hietal | Sains | Hidrometeorologi | Wilayah yang dalamnya jumlah dan perubahan musiman hujan adalah daripada jenis tertentu. Mengikut Koppen, dalam pengelasan iklimnya, jenis utama wilayah hietal ialah; gurun, dengan hujan jarang-jarang dan tak tetap; musim sejuk kering, dengan musim panas yang mencirikan iklim monsun; musim panas kering, dengan musim hujan pada musim sejuk, seperti iklim Mediterranean; hujan pada semua musim, tetapi taburannya tidak sama rata sepanjang tahun; hujan pada lebih setengah bilangan hari pada setiap bulan. Jenis yang kurang penting boleh dibezakan dengan musim maksimum hujan yang sama ada dipisahkan oleh musim kering pendek atau teralih menjelang musim bunga atau musim luruh. |
spillover | limpahan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses apabila atom atau molekul yang terjerap pada permukaan mangkin mula meresap secara resapan permukaan dari atom mangkin ke permukaan penampung. Ini menyebabkan keputusan eksperimen yang tidak logik dalam menentukan keluasan permukaan penjerapan secara eksperimen. Proses ini berlaku jika penampung adalah jenis karbon dan jarang-jarang berlaku jika penampung jenis alumina dan silika digunakan. |
haemolytic uraemic syndrome | sindrom uremia hemolisis | Perubatan | Tiada | Sindrom yang jarang dan tidak diketahui etiologinya, berlaku pada kanak-kanak di bawah umur satu tahun, dicirikan dengan kegagalan ginjal berfungsi, anemia hemolisis mikroangiopati dan trombositopenia dan purpura yang teruk. |
1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
partial anodontia | anodontia separa | Pergigian | Tiada | Keadaan kegigian yang tidak lengkap atau tidak terbentuk pada gigi desidus atau kekal. Kekurangan gigi pada rahang disebabkan gangguan pembentukan gigi semasa di dalam kandungan atau dikaitkan dengan sesuatu penyakit semasa lahir seperti ektoderma displasia. Ini menyebabkan ruang berlebihan antara gigi kelihatan jarang. Biasanya gigi yang tidak terbentuk ialah gigi pramolar kedua mandibel, gigi insisor lateral maksila dan gigi pramolar kedua maksila. Sinonim oligodontia, hipodontia |