open field | lapangan terbuka | Landskap | Tiada | Tanah lapang berumput atau tidak berumput yang tidak ditumbuhi oleh pokok. |
pioneer species | spesies perintis | Biologi | Ekologi | Spesies organisma yang ahlinya cenderung menjadi spesies pertama di tanah lapang. Spesies ini selalunya tidak tolerans terhadap persaingan, dan pupus apabila populasinya terus berkembang, misalnya kangkung laut, Ipomea pes-caprae, di pantai berpasir. |
wide open newspaper | surat khabar lapang | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang dipenuhi dengan berita dan tidak mempunyai banyak iklan. bd. surat khabar sendat. |
courtyard | laman dalam | Kesenian | Seni Bina | Kawasan lapang yang dikelilingi oleh tembok atau dinding dan tidak berbumbung. Kawasan ini sering ditemui di rumah-rumah tumpangan dan bangunan-bangunan awam, biasanya di ruang mesyuarat atau tempat perjumpaan utama. Kawasan ini juga lebih dikenali sebagai laman di dalam bangunan. |
leisure wear | pakaian santai | Kesenian | Tiada | Pakaian ringkas, selesa dan tidak rasmi, sesuai dipakai semasa berehat atau pada waktu lapang. |
traveling cinemas | pawagam bergerak | Komunikasi | Tiada | Kaedah menayangkan filem di tempat-tempat yang tidak mempunyai kemudahan pawagam tradisi. Filem ditayangkan di tempat lapang atau dewan dengan menggunakan mesin projektor yang dijana oleh mesin penjana tenaga. |