epidemy | epidemi | Biologi | Patologi | Keadaan penyakit yang parah dan tersebar luas dalam masa yang singkat, dalam sesuatu kawasan yang tidak luas. Keadaan ini berlaku jika ada patogen yang virulen, perumah yang rentan, dan faktor persekitaran yang sesuai bagi perkembangan patogen. bd. edemi,pandemi. |
street soccer | bola sepak jalanan | Sukan | Tiada | Permainan bola sepak yang tidak mengikut spesifikasi atau peraturan yang sebenar seperti penggunaan padang tidak luas, peralatan yang terhad dan sebagainya. |
street football | bola sepak jalanan | Sukan | Tiada | Permainan bola sepak yang tidak mengikut spesifikasi atau peraturan yang sebenar seperti penggunaan padang tidak luas, peralatan yang terhad dan sebagainya. |
area moment of inertia | momen sifatekun luas | Mekanik | Gunaan | Ukuran kuantitatif bagi agihan jejarian sesuatu luas di sekitar sebarang paksi tertentu. Simbol yang digunakan untuk momen sifatekun luas ialah I. Unit ukurannya ialah m4. (Perhatikan bahawa momen sifatekun luas tidak ada kaitan dengan momen sifatekun jisim. Istilah ini digunakan semata-mata keranaungkapan matematik yang memerihalkannya menyerupai ungkapan yang memerihalkan momen sifatekun yang sebenar). Secara matematik, momen sifatekun luas infinitesimal dI bagi unsur pembeza yang mempunyai luas dA diukur di sekitar sebarang paksi ditakrifkan sebagai ‘hasil darab luas unsur itu dan kuasa dua bagi jarak terdekat r di antara unsur itu dengan paksi yang berkenaan’, iaitu dI = r2 dA. Maka momen sifatekun luas bagi seluruh luas yang berkenaan diberikan oleh sebutan IA = òr2 dA. Paksi rujukan untuk menghitung momen sifatekun luas berada di satah yang sama dengan satah luas berkenaan ataupun normal padanya. Momen sifatekun yang diukur dari paksi-paksi Cartesan di satah luas berkenaan dinamai momen sifatekun s |
theorems of Pappus | teorem Pappus | Mekanik | Gunaan | Dua teorem yang memberikan sebutan untuk luas permukaan kisar dalam ungkapan panjang lengkung yang berkisar, dan sebutan untuk isi padu jasad kisar dalam sebutan luas yang berkisar. Teorem pertama menyatakan bahawa luas permukaan kisar adalah sama dengan panjang lengkung yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid lengkung semasa menghasilkan permukaan tersebut. Bagi lengkung yang panjangnya L dan berputar di sekitar paksi-x yang tidak melintasi lengkung itu, luas A permukaan kisa ryang dihasilkan diberikan oleh ungkapan A = 2pyL, dengan y sebagai jarak malar sentroid lengkung itu dari paksi-x. Teorem kedua menyatakan bahawa isi padu bagi jasad kisar sama dengan luas yang menghasilkannya didarab dengan jarak yang dilalui oleh sentroid luas itu semasa menghasilkan jasad tersebut. Isi padu V bagi jasad kisar yang dihasilkan oleh luas A yang berkisar di sekitar paksi-x (yang melintasi luas itu) diberikan oleh ungkapan V = 2”y A, dengan y sebagai jarak malar sentroid luas itu dari pak |
Tchebycheff rule | aturan Tchebycheff | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah pengiraan luas dan momen luas bagi satah yang dibendung oleh garis lengkung. Walau bagaimanapun ordinat sela sekata tidak diperlukan seperti dalam aturan Simpson. |
local legends | legenda tempatan | Kesusasteraan | Tiada | Legenda yang tidak tersebar luas, hanya berkisar pada sesuatu tempat tertentu terutama mengenai asal usul dan keajaibannya. Contoh: Batu Belah Batu Bertangkup. |
dimension | matra | Matematik | Tiada | Istilah yang merujuk kepada benda ;yang ada panjang, luas, atau isi padu. Benda yang hanya ada panjang, seperti garis lurus dikatakan bermatra satu. Sesuatu permukaan yang ada luas, tetapi tidak ada isi padu dikatakan bermatra dua. Benda yang berisi padu dikatakan bermatra tiga. |
cross-section | keratan rentas | Fizik | Atom dan Nuklear | Luas yang bilangan tindak balas berlaku adalah sama dengan hasil darab bilangan zarah sasaran dengan bilangan zarah tuju yang serenjang dengan permukaan sasaran. Luas keratan rentas ini biasanya tidak sama dengan luas keratan rentas geometri nukleus. Unitnya ialah barn (10-28 meter persegi). Sinonim keratan rentas nukleus. |
stratiformis | stratiformis | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Spesies awan yang terdiri daripada lapisan mendatar yang luas dan tidak semestinya selanjar. Spesies ini merupakan bentuk yang paling biasa bagi altokumulus dan stratokumulus dan kadangkala terdapat pada sirokumulus. |