Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 
Hari ini hari Ahad,
     Esok hari Isnin;
Kalau kerja tidak muafakat,
     Kerja kita itu main-main.

Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
playback rate scale factorfaktor skala kadar main semulaTeknologi MaklumatTiada1. Faktor yang menentukan kadar kelajuan main semula suatu rakaman audio. Audio dimainkan semula pada kadar yang berbeza seperti yang diarahkan oleh aplikasi lain untuk kesan khusus. Sampel rakaman audio tidak diubah tetapi pemacu menyisip dengan melangkau atau mensintesiskan sampel tertentu. Sebagai contoh, sekiranya faktor main semula adalah 1.1, output pemacu ialah jujukan integer 1 iaitu rakaman dimain semula secara normal. Sekiranya faktor main semula ditukar kepada 2 dan dimasukkan pada setiap sampel audio yang ke-10, pemacu akan melangkau setiap sampel audio yang ke-10. Ini menyebabkan rakaman berkenaan dimainkan dengan lebih pantas iaitu 10% lebih laju daripada kadar biasa. 2. Titik pada ketika main semula video tidak lancar dan kelihatan melompat-lompat disebabkan oleh kehilangan kerangka. Ini ditentukan oleh saiz tetingkap pemain semula dan kuasa pemproses.

audioplayeralat main audioPendidikanTiadaAlat yang memainkan isyarat audio tetapi tidak boleh merakam.
game-palying syndromesindrom main permainanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi.
tamburatamburaMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasinkasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya diperbuat daripada kayu yang berbentuk bulat. Tambura mempunyai leher panjang yang tidak berfret. Empat utas tali dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Tambura diletakkan secara menegak di hadapan pemain dan talinya dipetik dengan jari. Alat muzik yang terdapat di seluruh India menghasilkan dron, iaitu pic yang berterusan dalam muzik klasik Hindustani di utara India, dan Karnatak di selatan India.

Kembali ke atas