shyness | malu | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan individu untuk mengelakkan diri daripada orang lain di samping wujudnya perasaan penyekatan sosial. Individu yang mempunyai sifat ini biasanya sukar untuk bertentang mata, bercakap perlahan dan tidak begitu berminat terhadap ajakan untuk bersembang. Malu yang teruk boleh membawa kepada kecelaruan psikologi seperti kemurungan, kesunyian, ketakutan, kebimbangan sosial dan rendah penghargaan kendiri. Individu ini biasanya kurang kemahiran sosial dan sering berasa bimbang sehingga membuatkan mereka kadangkala gugup apabila bertemu dengan orang lain, terasa diketepikan dan terlalu menyalahkan diri sendiri. |
displacement mechanism | mekanisme pindah ganti | Psikologi | Psikologi Umum | Mekanisme bela diri yang digunakan oleh individu untuk menghindari rasa malu, marah, atau yang tidak disenangi dengan mengalihkan perasaan tersebut kepada gantiannya. Contohnya, pekerja yang dimarahi ketuanya di pejabat akan menghamburkan perasaan jengkelnya kepada sesiapa sahaja di rumah seperti isteri, anak-anak, pembantu rumah atau haiwan peliharaannya. Sinonim mekanisme pengalihan. |
camera shy | malu kamera | Komunikasi | Tiada | Sifat seseorang yang tidak suka diambil gambarnya. |
kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain. |
sixteen personality factor (16 PF)) | personaliti enam belas faktor (16 PF) | Psikologi | Psikologi Umum | Ujian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai. |