Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative neutralitykepolosan pentadbiran; berkecualian pentadbiran; keneutralan pentadbiranSains PolitikTiadaSikap atau dasar kakitangan kerajaan, pelaksana dasar atau pengurus organisasi yang tidak memihak kepada mana-mana pihak sekalipun tetapi tegas menjalankan tugas yang dikehendaki.
administrative neutralitykeberkecualian pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran

partisan newsberita memihakKomunikasiTiadaBerita yang tidak berlandaskan prinsip berkecuali atau objektif. Berita jenis ini akan berpihak kepada kumpulan tertentu dan dianggap sebagai berat sebelah.
bias samplesampel memihakPendidikanTiadaSampel yang tidak menggambarkan populasi sebenar dalam kajian statistik pendidikan.
abstentionberkecualiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBerkaitan dengan tindakan atau keputusan yang tidak menyokong ataupun membantah sesuatu cadangan. Dalam konteks hubungan antarabangsa yang melibatkan Majlis Keselamatan PBB misalnya, keputusan berkecuali bermaksud tindakan sesebuah negara yang tidak menyokong atau membantah sesuatu cadangan secara keseluruhan. Keputusan berkecuali boleh disertakan dengan alasan dan pendirian negara berkenaan. Contoh lain ialah Malaysia yang banyak mengamalkan prinsip berkecuali bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara atas dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi atau kepercayaan. Salah satu unsur penting prinsip berkecuali Malaysia ialah keengganan untuk terlibat dalam mana-mana pakatan ketenteraan yang memihak kepada pihak Timur atau Barat selain daripada perjanjian pertahanan untuk kepentingan negara.
benefit of the doubtfaedah kesangsianUndang-undangTiada1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan.

Kembali ke atas