tilt | condong; senget | Perubatan | Tiada | Keadaan gigi yang tidak tegak atau miring ke sebelah. |
dip needle | jarum miring | Geologi | Tiada | Sejenis magnetometer yang tidak digunakan lagi yang digunakan untuk pemetaan anomali magnet amplitud tinggi. |
ngeris Bid. | ngeris Bid. | Kesenian | Tiada | Anyaman yang tidak mengikut corak yang ditentukan dan mengakibatkan sesuatu yang dianyam itu miring. |
virga | virga | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Ciri tambahan berbentuk coret-coret kerpasan, tegak atau miring yang terlekat pada dasar awan, dan tidak sampai ke permukaan bumi. Ciri tambahan ini kebanyakannya terdapat pada genus sirokumulus, altokumulus, altostratus, nimbostratus, kumulus dan kumulonimbus. Virga biasanya berbentuk cangkuk dengan jalur-jalur halus yang turun hampir menegak rapat di bawah punca kerpasan tetapi kelihatan hampir mendatar di hujung bawahnya. Lengkungan virga sedemikian boleh dihasilkan oleh kesan ricih angin menegak yang kuat, tetapi biasanya ia terhasil akibat sejatan titis atau hablur yang mengurangkan halaju jatuhan zarah di hujung jalur berkenaan. |
cross grain | ira lintang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira yang susunan gentiannya tidak selari dengan paksi utama kayu. Keadaan ini merangkumi ira miring dan ira pilin, atau gabungan kedua-duanya. |
negative skew | lencongan negatif | Psikologi | Psikologi Umum | Lencongan keluk ke arah kiri yang mencerminkan kebanyakan skor berada di sebelah kanan min. Lencongan digunakan untuk menggambarkan taburan data dalam graf. Data yang normal biasanya mempunyai keluk yang normal. Keluk daripada data yang tidak normal akan melencong sama ada ke kiri atau ke kanan. Sinonim miring negatif. |