accessory mineral | mineral aksesori | Geologi | Tiada | Mineral yang kehadirannya di dalam batuan tidak penting untuk pengelasan wajar suatu batuan. Mineral ini biasanya terdapat dalam jumlah yang kecil. |
absence of trivia | ketiadaan remeh | Sejarah | Tiada | Ketiadaan sesuatu yang bersifat tidak penting atau tidak berharga atau perkara-perkara yang remeh-temeh sahaja, biasanya dalam catatan penulisan sejarah. |
ellips | tanggalan/elips | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian yang dihilangkan secara gramatikal dalam sesebuah naskhah mungkin penting, tetapi tidak penting untuk kejelasan erti. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah nama Laksamana Hang Tuah gelarannya hanya dapat diganti dengan perkataan Laksamana sahaja. |
abstract data type | jenis data abstrak | Teknologi Maklumat | Perisian | Jenis data yang pelaksanaan atau perwakilan menjadikannya tidak penting oleh set fungsi yang lengkap untuk membentuk, mencapai dan melaksanakan data tersebut. Perwakilan ini boleh diubah, dikemas kini atau dibaiki tanpa memberi kesan kepada atur cara yang menggunakan jenis data tersebut. Contoh jenis data abstrak ialah timbunan yang mempunyai pengendalian push dan pop. |
dichotomous search | carian dwikotomi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pengoptimuman fungsi dengan menggunakan pasangan julat pada jeda tertentu dengan kawasan yang tidak penting ditinggalkan. |
classical field theory | teori medan klasik | Fizik | Moden | Teori tentang taburan tenaga, jirim, dan kuantiti fizik lain dalam keadaan yang tabii diskretnya tidak penting, dan taburan ini dianggap sebagai fungsi selanjar kedudukan. |
trivialization | abaian/trivialisasi | Kesusasteraan | Tiada | Penghilangan atau pengubahan bahagian naskhah yang dianggap tidak penting oleh penyalin. Contoh: terdapat bahagian dalam versi A, dan tidak terdapat lagi dalam versi B. |
proximate factor | faktor proksimat | Biologi | Ekologi | Aspek-aspek sekitaran yang digunakan oleh organisma sebagai isyarat untuk lakuan yang khusus, misalnya waktu pagi merangsangkan ayam jantan untuk berkokok. Faktor proksimat selalunya tidak penting secara langsung kepada kehidupan organisma. |
electrostatic coalescence | cantuman elektrostatik | Sains | Hidrometeorologi | 1. Cantuman titisan awan yang diaruh oleh tarikan elektrostatik di antara titisan yang bertentangan cas. Kini proses ini dirasakan tidak penting dalam penghasilan kerpasan kerana campuran sempurna titisan-titisan yang bertentangan cas tidak pernah ditunjukkan dengan jelas. 2. Cantuman dua awan atau titisan hujan yang teraruh oleh kesan pengutuban hasil daripada medan elektrik luaran. |
international armed conflict | konflik bersenjata antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Konflik yang berlaku apabila dua atau lebih negara menggunakan kekuatan senjata terhadap satu sama lain. Faktor penyebab atau kekuatan penggunaan senjata tidak penting bagi menentukan konflik ini berlaku. Pengisytiharan rasmi peperangan juga tidak diperlukan bagi memulakan konflik tersebut. Konflik ini juga merangkumi konflik bersenjata yang melibatkan perjuangan bagi mendapatkan pemerintahan sendiri menentang penjajahan, pendudukan asing atau rejim yang bersifat perkauman. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai dalam konflik ini. |