diffusion | resapan/ bauran | Sosiolinguistik | Tiada | Darjah pertembungan dan keakuran pada norma Iinguistik yang rendah dan longgar ini mungkin akibat daripada hubungan antara masyarakat yang tidak rapat. Contohnya. bahasa masyarakat Gipsi. |
gap-filling adhesive | perekat pengisi ruang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Perekat yang berkeupayaan mengisi ruang dan melekatkan dua permukaan kayu yang tidak rapat dan tidak bersentuhan, akibat tekanan yang tidak mencukupi atau kesilapan pemadanan. Contoh perekat ialah fenol-resorsinol-formaldehid, atau resorsinol formaldehid. |
seal | kedap | Kejuruteraan | Petroleum | Menutup rapat-rapat atau mengunci dengan baik semua sambungan ataupun skru-skru pada sistem supaya tidak terjadi kebocoron aliran bendalir yang mengalir di dalam sistem berkenaan. |
production packer | simpai pengeluaran | Kejuruteraan | Petroleum | Simpai untuk menutup rapat-rapat ruangan di antara tetiub dengan selongsong semasa proses pengeluaran dan boleh digunakan sebagai pemisah di antara zon-zon produktif dengan zon-zon yang tidak produktif. Rujuk : simpai. |
packer | simpai | Kejuruteraan | Petroleum | Sebahagian daripada peralatan dalam lubang yang terdiri daripada alat penutup yang rapat pada dan alat pemegang atau pemasang dan berguna untuk menyekat aliran bendalir daripada mengalir melalui ruangan anulus antara tetiub dengan dinding lubang telaga dengan cara menutup rapat-rapat ruangan berkenaan. Biasanya dipasang pada jarak tertentu di atas zon yang berpenghasilan. Dikelaskan menurut susunan, kegunaan, kaedah pemasangan dan keadaan sama ada peralatan ini boleh diperoleh atau dipulihkan semula atau tidak. |
blind ram | pelantak buta | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : pelantak kosong Bahagian penting pencegah semburan keluar yang bertindak atau berfungsi sebagai unsur penutupan dan pengedapan. Bahagian ini akan mengedap antara satu sama lain yang akan menutup rapat-rapat ruangan lubang gerudi yang berada di bawahnya. Dalam penggunaannya, talian paip gerudi mesti tidak berada di dalam lubang gerudi terutama di bahagian tempat pencegah semburan keluar dipasang. |
incompetent cervix | serviks tak kompeten | Kejururawatan | Tiada | Perihal serviks lemah dan tidak tertutup rapat yang sering mengakibatkan keguguran. |
bagheera | baldu baghera | Kesenian | Tiada | Kain baldu lembut, halus, bergelung pail pendek, rapat dan tidak dipotong. Ia digunakan sebagai selendang dan gaun wanita Barat. |
water proof glue | perekat kedap air | Kesenian | Tiada | Perekat untuk menyambung dua permukaan dengan rapat sehingga tidak dapat ditelusi air. |
wet liner | lapik basah) | Kejuruteraan | Tiada | Silinder mudah alih yang kedua-dua hujungnya ditutup rapat supaya tidak dimasuki cecair pendingin yang berada di sekelilingnya. |