Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
biased samplesampel biasSosiologiTiadaSampel statistik yang tidak mewakili secara saksama populasi yang dikaji di dalam sesuatu uji kaji.
equitable geographical distributionpembahagian geografi saksamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPengagihan keanggotaan dalam pertubuhan dan agensi antarabangsa mengikut geografi secara adil dan saksama. Amalan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap benua mempunyai wakil dalam pertubuhan atau agensi berkenaan. Contohnya, anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipilih berdasarkan agihan kedudukan geografi.
fair conductperlakuan saksamaEkonomiTiadaAmalan perniagaan yang dianggap adil dan tidak berdiskriminasi.
decision makingpembuatan keputusanPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan mengambil ketetapan bagi sesuatu perkara atau isu. Pembuatan keputusan merupakan satu perkara yang amat penting dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Setiap keputusan yang diambil mestilah profesional, rasional, bijaksana, tepat, adil dan saksama serta tidak bias kepada mana-mana pihak. Ini kerana setiap keputusan akan mempengaruhi segala aktiviti, rancangan dan perjalanan sesebuah organisasi. Dalam proses pembuatan keputusan, beberapa perkara perlu dikenal pasti iaitu, (i) Penyataan masalah dan pengumpulan maklumat, (ii) Mencari alternatif, (iii) Meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan merancang perkara-perkara di luar jangkaan, dan (iv) Membuat ketetapan, menentukan risiko dan ganjaran yang akan diterima. Antara beberapa masalah yang biasa berlaku berhubung dengan proses pembuatan keputusan iaitu kelewatan, penyelewengan, kekaburan dan ketidakpastian.

administration of justicepentadbiran keadilanPentadbiranPentadbiran Awam

Autoriti yang dimiliki majikan berdasarkan statusnya untuk mentadbir dan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar dan saksama. Autoriti ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang adil kepada semua kakitangan dalam organisasi. Tindakan ini tidak boleh diambil dengan sewenang-wenangnya kerana perlu berpandukan kepada peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan. Contohnya, pembuangan kakitangan dalam organisasi perlu berlandaskan peraturan dan tatacara yang sah.

racial discriminationdiskriminasi rasUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan membeza-bezakan individu atau kumpulan individu yang lain kerana prasangka terhadap ciri fizikal, budaya, bahasa dan agama individu atau kumpulan individu tersebut. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, peruntukan undang-undang mengenai diskriminasi ras terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Ras 1965. Konvensyen tersebut mentakrifkan diskriminasi ras sebagai pembezaan, pengecualian, kekangan atau tindakan memberi kelebihan kerana ras, warna, keturunan atau asal-usul dengan tujuan atau kesan yang menidakkan atau mencacatkan pengiktirafan, penikmatan dan pelaksanaan hak dan kebebasan asasi dalam aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kehidupan awam lain secara saksama. Walau bagaimanapun, konvensyen ini tidak terpakai kepada perbezaan layanan yang diberikan antara warganegara dan bukan warganegara. Diskriminasi ras juga tidak mencakupi langkah khas yang memberikan kelebihan kepada ras atau etnik tertentu yang memerlukan perlindun

Kembali ke atas