Istilah Bahasa Melayu
fee fishing/pay fishing | pancing berbayar | Perikanan | Tiada | Aktiviti memancing ikan atau udang di kolam buatan yang dikenakan bayaran. Lokasi kolam buatan biasanya diusahakan di kawasan berhampiran bandar. Aktiviti ini sesuai untuk pemancing yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memancing di lokasi semula jadi, seperti di laut atau di sungai. |
busy | dalam gunaan; kecamuk; sibuk; rencam | Kesenian | Tiada | Rencam: Bahagian-bahagian dalam lukisan yang mengandungi reka bentuk yang bercelaru dan tidak harmoni secara menyeluruh. |
busy signal | isyarat sibuk | Komunikasi | Tiada | Isyarat yang berbentuk gangguan bunyi yang berlaku dalam gelombang elektromagnet di udara. Isyarat ini akan menyebabkan rancangan yang disiarkan tidak dapat dilihat dan didengar dengan jelas. |
web rage | bengang web | Teknologi Maklumat | Tiada | Kekecewaan dan kemarahan pengguna apabila mencapai web. Ia disebabkan oleh perkara seperti pelayan yang sibuk, pautan yang hilang dan tapak web yang tidak direka bentuk dengan baik. Lihat juga pautan reput |
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close