pamir | pamir | Geografi | Tiada | Kawasan rumput yang tidak subur di kawasan penara tinggi Asia tengah. |
millet | sekoi | Geografi | Tiada | Sejenis bijirin tahan kepada kemarau dan tanih tidak subur yang ditanam di kawasan tropika. |
plants | penakaian (tumbuhan) | Pertanian | Agroteknologi | Proses memilih dan menyingkirkan anak benih tanaman yang tidak subur atau tidak mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. Tujuan penakaian adalah supaya hanya anak benih yang sesuai digunakan untuk ditanam di ladang. Biasanya, penakaian berlaku setelah anak benih mencapai pertumbuhan selama 2 atau 3 bulan dan peratus penakaian adalah lebih kurang 20%. Untuk tanaman seperti betik, hanya pokok hermafrodit yang ditinggalkan setelah penakaian pokok betina dan jantan dilakukan, iaitu selepas 2 - 3 bulan di ladang setelah anak pokok tersebut mengeluarkan bunga. |
poor Steppe | hutan jarang Steppe | Geografi | Tiada | Kawasan tanah rumput Steppe yang rumputnya tumbuh jarang-jarang dan tidak subur. |
reclamation design | reka bentuk tebus guna | Landskap | Tiada | Susun atur yang disediakan pad a kawasan yang telah terbiar, tidak subur atau musnah ya ng bertujuan memulihkannya kepada keadaan asal. |
scrubland | hutan semak samun | Geografi | Tiada | Kawasan yang mengandungi pokok-pokok kerdil atau bantut yang tumbuh di atas tanih tidak subur terutama di kawasan Separa Gersang. |
vitamin E | vitamin E | Veterinar | Tiada | Sekumpulan bahan kimia yang dikenali sebagai tokoferol. Ia merupakan sejenis antioksidan larut-lemak dan mengawal kestabilan asid-asid lemak poli-tak-tepu. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan perosotan otot, sistem pembiakan tidak subur dan kemandulan. |
Buttress roots | Akar banir | Pertanian | Agronomi | Akar besar yang kelihatan di atas aras tanah yang menyokong sesetengah pokok tinggi seperti kapok (Ceiba petandra). Akar banir biasanya terdapat pada pokok di hutan hujan kerana akar tidak dapat tumbuh dalam disebabkan tanah yang tidak subur dan nutrien hanya terdapat di kawasan atas tanah . Untuk meresap nutrien akar banir menjelajah luas di bahagian atas tanah. |
desertification | penggurunan | Kejuruteraan | Tiada | Proses merosotkan alam sekitar, iaitu tanah subur dijadikan tidak produktif seperti gurun. |
primary infertility | kemandulan primer | Kejururawatan | Tiada | Keadaan wanita dalam umur subur yang tidak pernah mengandung selepas berkahwin lima tahun dan tidak mengamalkan perancang keluarga. |