dental behaviour management | pengurusan tingkah laku pergigian | Pergigian | Tiada | Pengendalian sikap pesakit kanak-kanak yang takut dan tidak bekerjasama terhadap rawatan pergigian melalui beberapa kaedah. Kaedah ini melibatkan pembentukan sikap dan penyahpekaan perasaan takut, melalui teknik terang-tunjuk-buat, teknik alih perhatian, model tingkah laku pergigian dan penggunaan ubat bagi menenangkan pesakit tersebut. Penggunaan ubat dilakukan secara pramedikasi, sedasi nitrus oksida atau bius am. Melalui kaedah ini, pesakit dapat memberikan kerjasama semasa rawatan dijalankan. |
erotophobia | erotofobia | Perubatan | Tiada | Takut atau tidak suka kepada hubungan seks. |
catoptrophobia | katoptrofobia | Perubatan | Tiada | Takut yang terlampau dan tidak wajar terhadap cermin. |
refugee | pelarian | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Seseorang yang berada di luar negara asalnya kerana mempunyai perasaan takut yang berasas akan dianiayai atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial atau pandangan politik. Disebabkan perasaan takut tersebut, pelarian tidak sanggup mendapatkan perlindungan dari negara tersebut. Tafsiran ini berdasarkan konvensyen berkaitan dengan Status Pelarian 1951. |
neurasthenia | neurastenia | Perubatan | Tiada | Tindak balas neurotik yang bercirikan kelesuan fisikal kronik, tidak bermaya, rasa takut dan ketidakcergasan otak. |
fear culture | budaya takut | Pentadbiran | Tiada | pandangan atau pegangan segolongan masyarakat yang tidak berani menempuh cabaran baharu. |
refugee; | pelarian | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konvensyen PBB pada tahun 1951 mendefinisikan pelarian sebagai seseorang yang berada di luar negaranya, dan takut dihukum kerana berkaitan dengan kaum, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah pertubuhan sosial atau fahaman politik. Akibat takut dihukum, individu tersebut enggan mendapatkan perlindungan daripada negaranya sendiri dan tidak mahu kembali ke negara asalnya. |
bean-bag dental chair | kerusi pergigian beg kekacang | Pergigian | Tiada | Kerusi pergigian khas yang dibuat bagi kanak-kanak yang menghadapi kesulitan untuk duduk lurus atas kerusi pergigian biasa. Dengan menggunakan kerusi jenis ini, kanak-kanak tersebut akan dapat duduk dengan tenang dan tidak berasa takut terjatuh dari kerusi. Kerusi ini diisi dengan biji kekacang yang akan mengikut bentuk badan pesakit yang mendudukinya. |
avoidance | pengelakan | Perubatan | Tiada | 4. Reaksi pertahanan secara sedar atau tidak dengan tujuan untuk lari daripada keresahan, konflik, takut, sakit, atau bahaya. |
repression | penekanan | Psikologi | Psikologi Umum | Sejenis mekanisme bela diri dengan cara menekankan sebarang perkara yang tidak menyelesakan ke alam atau pemikiran yang tidak sedar. Ramai orang berkecenderungan untuk menekan keinginan yang boleh membuatkan mereka berasa bersalah, bimbang atau menyakitkan akibat sesuatu konflik atau memori masa lalu. Contohnya, individu yang takut dengan rawatan gigi akan melupakan temu janjinya dengan doktor gigi. Sinonim represi. |