hair-rig floater | pelampung berangkai | Perikanan | Tiada | Pelampung yang berada di hujung tali utama, yang diikat pada mata kail bagi membolehkan mata kail terapung di permukaan air. Pelampung berangkai boleh terdiri daripada jenis umpan timbul dan tidak tenggelam. |
marine plant | tumbuhan laut | Biologi | Ekologi | Tumbuhan yang hidup di laut, yang tidak akan tenggelam apabila air pasang. Misalnya, rumput laut, Anhalus sp. |
sinking-tip line | tali pancing separa tenggelam | Perikanan | Tiada | Tali pancing yang boleh terapung keseluruhannya kecuali bahagian hujung tali yang dipasang dengan umpan serangga yang bersifat mudah tenggelam. Tali pancing jenis ini sesuai digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau di kawasan air tidak berarus. Jenis ikan yang menjadi tumpuan adalah daripada jenis yang agresif. |
teredo | teredo | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Haiwan pengerek laut dari filum Mollusca yang menyerang kayu yang tenggelam atau terapung di laut. Serangan penggerek jenis ini mudah dikenali daripada endapan selaput berkapur pada saluran kediamannya dan keadaan saluran yang tidak bersambungan. Teredo dewasa tidak pernah meninggalkan saluran yang dikorek sehingga ke akhir hayatnya dan unsur pembiakannya terunjur keluar melalui bukaan. |
wet fly | serangga basah | Perikanan | Tiada | Serangga tiruan yang dijadikan sebagai umpan dalam pancing layang. Serangga basah mudah tenggelam dan sesuai digunakan untuk memancing ikan yang tidak mempunyai tabiat menyambar, sama ada di kawasan pertengahan air atau di bahagian dasar air. |
drag force | daya seret | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Daya dalam arah aliran yang dikenakan oleh bendalir ke atas permukaan dinding saluran atau jasad yang tenggelam atau terapung dalam arus aliran. Menurut hukum Newton ketiga, magnitud daya yang sama dikenakan oleh permukaan dinding ke atas bendalir. Seandainya permukaan dinding adalah selari dengan arah aliran, daya seret ialah tegasan dinding. Oleh itu, daya seret hanya wujud dalam aliran bendalir melewati jasad terapung atau tenggelam sahaja kerana jasad tersebut tidak selari dengan arus aliran akibat terdapatnya lapisan sempadan. |
boundary layer separation | pemisahan lapisan sempadan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fenomenon lapisan sempadan yang terpisah daripada jasad di bahagian belakang jasad yang tenggelam atau terapung pada halaju tinggi yang menyebabkan momentum bendalir menghalang garis arus mengalir menurut bentuk jasad. Keadaan ini tidak diingini kerana pusara besar atau pusaran yang terbentuk di belakang menyebabkan pertambahan daya seret. |
meranti bakau | meranti bakau | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Shorea uliginosa daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah meranti paya dan meranti tenggelam, dan di Sabah ialah seraya buaya hantu. Gubal kayu meranti bakau berwarna lebih muda dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat merah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikeringkan, tetapi tidak tahan dan sukar diawet. Kayu meranti bakau digunakan dalan kerja binaan ringan, pembuatan perabot, venir, dan papan lapis. |
bottomry bond | bon botomri | Pelayaran | Tiada | Satu kontrak atau gadaian yang dibuat oleh tuan punya kapal atau ejennya untuk mendapatkan wang pendahuluan/pinjaman untuk kegunaan urusan kapal itu, yang akan dibayar balik bersama faedahnya apabila kapal itu sampai ke pelabuhan tempat tujunya dengan selamat, tetapi pinjaman itu akan lupus kiranya kapal itu musnah/tenggelam dalam perjalanan atau tidak sampai ke tempat tujuannya. |
bottomry bond | bon botomri | Undang-undang | Tiada | Satu kontrak atau gadaian yang dibuat oleh tuan punya kapal atau ejennya untuk mendapatkan wang pendahuluan/pinjaman untuk kegunaan urusan kapal itu, yang akan dibayar balik bersama faedahnya apabila kapal itu sampai ke pelabuhan tempat tujunya dengan selamat, tetapi pinjaman itu akan lupus kiranya kapal itu musnah/tenggelam dalam perjalanan atau tidak sampai ke tempat tujuannya. |