geometrical shadow | bayang geometri | Fizik | Optik | Rantau yang tidak tercapai oleh sesuatu jenis sinaran kerana terhalang oleh objek, jika kesan interferens dan belauan boleh diabaikan. |
meteorological rocket | roket meteorologi | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Roket yang direka khas untuk pencerapan udara atas secara rutin pada ketinggian atmosfera yang tidak tercapai oleh belon, kira-kira antara 60 km hingga 90 km. |
spring board, staging, jigger | papan penebang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Papan pendek berukuran lebih kurang 1 m panjang yang digunakan untuk memudahkan proses menebang pokok pada paras yang tidak tercapai dari aras permukaan tanah. Papan penebang ini disarung dengan besi pada satu hujung, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam takik pada batang pokok untuk memudahkan penebang berdiri. Papan ini digunakan semasa menebang pokok yang berbanir tinggi seperti kayu merbau atau tualang. |
criterion-reference test | ujian rujukan kriteria | Pendidikan | Tiada | Ujian yang terdiri daripada beberapa kumpulan butiran yang setiap satu bertujuan untuk menentukan sama ada sesuatu objektif pengajaran tercapai atau tidak oleh pelajar tersebut berasaskan kriteria yang ditetapkan. |
system | sistem | Perubatan | Tiada | Satu siri bahagian tertentu tubuh yang saling berhubungan atau bergantungan antara satu sama lain, yang berfungsi bersama untuk menghasilkan kesan yang sama. Kesan ini tidak mungkin tercapai jika bahagian tersebut berfungsi secara sendirian. Misalnya, sistem saraf, sistem pernafasan dan sistem kardiovaskular. |
closed system | sistem tertutup | Fizik | Moden | Sistem yang terasing sehingga tidak berlaku tukar ganti tenaga atau jirim dengan persekitarannya, dan dengan yang demikian keadaan keseimbangan termodinamik akan tercapai. |
qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam |
Climax | Klimaks | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan ekologi yang telah sampai kepada puncak kestabilan dan berkemungkinan tidak akan berlaku perubahan lagi. Contohnya, populasi tumbuhan dan haiwan sesuatu kawasan yang telah melalui proses perubahan yang berkurun lama akan sampai ke suatu klimaks bergantung kepada iklim kawasan itu. Keadaan klimaks akan tercapai jika tiada gangguan daripada manusia dan hanya faktor semula jadi yang mempengaruhi perubahan. |
fixed ratio reinforcement | pengukuhan bernisbah tetap | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah pengukuhan separa yang menjadualkan pemberian pengukuhan mengikut bilangan atau kuantiti respons yang ditetapkan oleh pengkajinya. Selagi respons yang dibuat itu tidak mencapai bilangan yang ditetapkan, ganjaran tidak akan diberikan. Contohnya, dengan jadual nisbah tetap 30, ganjaran hanya akan diberikan apabila respons yang ke-30 tercapai. Keadaan ini dapat dilihat apabila penjual amanah saham biasanya akan mendapat bonus setelah mereka berjaya mengumpul mata yang telah ditetapkan berdasarkan jumlah jualan. |
chemical equilibrium | keseimbangan kimia | Kimia | Tiada | Keadaan tindak balas kimia berbalik yang tercapai dalam suatu sistem tertutup, iaitu tiada bahan ditambah atau disingkirkan daripada tindak balas tersebut. Kepekatan bahan tindak balas dan bahan hasil adalah malar, dan kadar tindak balas ke hadapan adalah sama dengan kadar tindak balas ke belakang. Keadan ini juga disebut sebagai keseimbangan dinamik. Kedudukan keseimbangan dipengaruhi faktor seperti kepekatan bahan dan hasil tindak balas, suhu, tekanan dan kehadiran benda asing semasa tindak balas, tetapi tidak dipengaruhi mangkin. |