blanket policy | polisi menyeluruh | Undang-undang | Tiada | Polisi atau dasar yang meliputi semua perkara, keadaan atau kelas, tidak ada yang terkecuali. |
excepted period | tempoh terkecuali | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tempoh selepas permulaan tarikh polisi apabila faedah penyakit tidak akan dibayar. Tujuan tempoh ini untuk mengecualikan penyakit sebenar yang dihidapi sebelum polisi berkuat kuasa. Ini berlainan daripada tempoh singkir dan tempoh tangguh. |
bai‘ jizaf | jual beli borong | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jual beli barangan secara borong yang melibatkan barangan yang sukar untuk dihitung, ditimbang atau tidak diketahui kuantiti dan keadaan sebenar produk tersebut. Contohnya, pembelian selonggok produk makanan bijirin atau buah-buahan. Urus niaga ini terkecuali daripada rukun jual beli kerana ketidaktepatan jumlah barangan tetapi diharuskan syarak atas keperluan manusia dan kemudahan perniagaan. Bai‘ jizaf juga dikenali sebagai bai‘ mujazif atau bai‘ jazaf. |