schizophrenia | skizofrenia | Psikologi | Psikologi Umum | Satu bentuk psikopatologi yang menyebabkan keutuhan personaliti, emosi dan kognitif individu tergugat dengan teruk. Istilah yang sering dikaitkan dengan kecelaruan ini ialah psikosis, gila atau tidak waras. Tanda-tanda kebiasaan yang terdapat kepada pesakit ini ialah delusi, halusinasi, apati, pemikiran abnormal dan perceraian antara emosi dengan pemikiran. Emosi pesakit ini biasanya bercelaru. Contohnya, apabila diberitahu ibunya meninggal dunia, individu skizofrenia hanya akan ketawa berdekah-dekah atau tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Pesakit ini juga boleh menarik diri daripada orang ramai, hilang minat terhadap aktiviti luaran dan gagal mengawal tabiat atau aktiviti harian. Sekurang-kurang terdapat empat jenis skizofrenia, iaitu tidak terurus, katatonik, paranoid dan tanpa pembezaan. |
non valid pawnbroking | gadaian tak sah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Gadaian yang tidak memenuhi salah satu syarat yang diperlukan seperti syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Contohnya, syarat orang yang berakad mestilah waras. Oleh itu, gadaian yang dibuat oleh orang yang tidak waras menyebabkan gadaian berkenaan menjadi tidak sah. Gadaian ini juga dikenali sebagai gadaian batil atau gadaian fasid. |
mushtari | pembeli | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang membeli barangan dengan membayar harga. Pembeli mestilah sempurna akal fikiran, baligh, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad. |
ba’i‘ | penjual | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang memiliki atau mempunyai kuasa menyerahkan stok dalam urusan jual beli. Penjual mestilah sempurna akal, matang, waras, tidak disekat daripada menguruskan muamalat dan tidak dipaksa menjalankan akad. |
pawner | penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pihak atau individu yang menggadaikan harta atau barang sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman. Penggadai boleh menggadaikan harta miliknya sendiri atau harta milik orang lain setelah mendapat keizinan. Antara syarat sah menjadi penggadai ialah baligh, waras, tidak muflis dan warganegara. |
ahliyyah ada’ kamilah | kelayakan melaksana sempurna | Perniagaan Islam | Tiada | Sifat kelayakan melaksana oleh individu setelah mencapai umur baligh, berakal, waras dan tidak muflis. Individu yang berkelayakan bebas menguruskan dan melaksanakan urusan yang berkaitan dengan hartanya mengikut hukum syarak serta sedar bahawa tindakannya itu mendatangkan kebaikan kepada dirinya. |
tasarruf maliy | tasaruf harta/pengurusan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan individu menguruskan harta miliknya mengikut syarat tertentu. Pengurusan harta dibenarkan bagi individu yang mempunyai keupayaan atau kelayakan, iaitu dewasa, waras dan tidak muflis. |
pawner term/pawner condition | syarat penggadai | Ekonomi | Ekonomi Islam | Syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang penggadai bagi melayakkannya melakukan gadaian. Antara syarat yang perlu dipenuhi ialah warganegara, waras, berumur lebih 18 tahun dan tidak muflis. Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab terhadap syarat ini. Contohnya, mazhab Hanafi tidak mensyaratkan penggadai mencapai umur baligh bagi membolehkannya melakukan gadaian. |
expatriation | ekspatriasi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Kehilangan taraf kerakyatan menerusi pelepasan kesetiaan dan perolehan suatu kerakyatan asing. Di Malaysia, manamana rakyat yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih, dan berfikiran waras boleh melepaskan kerakyatan persekutuannya dengan membuat perisytiharan yang didaftarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Selepas itu, seseorang itu dikira sebagai tamat dan berhenti daripada menjadi seorang warganegara. Hal ini terkandung dalam Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, seseorang yang telah berhenti daripada menjadi warganegara Malaysia, sekiranya dicederakan oleh negara lain, tidak layak mendapat perlindungan politik dari Malaysia. |
ethanol poisoning | keracunan etanol | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan etanol. Elanol hanya berbahaya jika terminum dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Dos maut bagi orang dewasa ialah 300 cm3 - 400 cm3 etanol tulen jika diminum dalam tempoh kurang daripada 1 jam. Had pendedahan ialah 1000 ppm. Etanol menekan sistem saraf pusat secara tak seragam mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Penemuan patologi dalam kematian akut tennasuk edema otak dan hiperemia dan edema saluran gastrousus. Penemuan patologi termasuk kemerosotan hati, buah pinggang, dan otak, gastritis atrofik, dan sirosis hali. Tanda utama keracunan ialah penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut menyebabkan kurang waras, masalah penglihatan, tiada koordinasi otot, pertuturan tidak jelas, koma dan mati, bergantung pada darjah keracunan. Keracunan kronik menyebabkan hilang berat badan, sirosis hati dan gastroenteritis dengan anoreksia dan cirit-birit. |